Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.ga] | سڠݢ

Definisi : benda yg digunakan utk menopang (menahan dll) dr bawah; ~ bunuh sl azimat atau tangkal (supaya tidak terbunuh dlm peperangan dll); ~ galah cagak tempat meletakkan galah (di perahu); ~ layar cagak tempat meletakkan layar (ketika berlabuh); ~ mara a) galah yg berkait utk menolak dan meraih perahu; b) ganja atau besi melintang pd pangkal mata tombak; ~ payung besi dll yg menahan payung supaya terbuka; ~ pedang besi palang di atas hulu pedang; ~ penetap perkakas yg digunakan utk menetapkan kedudukan benda kerja (ketika melarik dgn jentera); ~ tuas benda yg menyangga tuas jika menuil sesuatu dgn tuas; bersangga 1. ada sangganya, mempunyai atau memakai sangga, ditopang atau ditahan dgn sesuatu; 2. ki mempunyai sesuatu sbg sandaran, sokongan dsb, berpegang (pd): kita sepatutnya melipatgandakan usaha, bukan-nya setakat ~ pd cakap-cakap sahaja; menyangga menopang (menahan) dr bawah, menyokong: tiub teropong itu disangga oleh suatu kaki andas yg berat dan kejal; penyangga benda yg digunakan utk menyang-ga (menopang, dll): ~ senapang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.ga] | سڠݢ

Definisi : ; ~ berduri sj tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.ga] | سڠݢ

Definisi : Kl 1. balasan hantaran (pd hari perkahwinan); 2. menahan (menepis, me-nangkis) serangan atau pukulan dgn tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.ga] | سڠݢ

Definisi : , = penyangga benda yg di­gunakan utk menopang atau utk me­nahan sesuatu dr bawah. bersangga ada sangganya; ditopang atau ditahan dgn sesuatu. menyangga menopang atau menahan dgn sesuatu dr bawah; menyokong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sangga (kata nama)
Bersinonim dengan sagang, sandaran, penahan, ampu, topang, sokong, tunjang, galas, tumpil, galang, kekuda, kalang, landasan, cagak;,
Kata Terbitan : menyangga, penyangga,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clausulasuku kata terakhirKesusasteraanPuisiSuku kata yang terdapat pada perkataan terakhir dalam setiap baris. Dalam serangkap pantun empat kerat, khalayak akan dapat melihat suku kata akhir ini sebanyak empat kali. Walau bagaimanapun dalam puisi moden suku kata terakhir bergantung kepada jumlah baris yang terkandung dalam rangkap tersebut. Contohnya, seperti pantun di bawah. Terbang burung dari selatan, Dipuput angin sangga bayu; Bukalah surat dari lipatan, Lihatlah pantun bahasa Melayu.

Kembali ke atas