Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.kar] | ساڠکر

Definisi : = sangkaran kurungan (burung dll); ~ ayam a) kurungan ayam; b) sangkak, petarangan, terak, sarang; menyangkarkan memasukkan ke dlm sangkar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.kar] | ساڠکر

Definisi : ; bujur ~ empat persegi; dua meter bujur ~ dua meter persegi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.kar] | ساڠکر

Definisi : 1 = sangkaran tempat me­­ngurung sesuatu; kurungan: ~ ayam kurungan ayam. 2 bahagian yg me­lingkari (melindungi) sesuatu alat: ~ alas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sangkar (kata nama)
Bersinonim dengan sangkaran, kurungan, sangkak, petarangan, terak, serang, kerangkengan, celung, sangluat, reban, kandang, sendong, pasung;,
Kata Terbitan : menyangkarkan,

Puisi
 

Buluh ditutuh dibuat sangkar,
     Hendak menyangkar burung nuri;
Langit runtuh bumi terbakar,
     Ke mana awak melari diri?


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Satu sangkar dua burung.

Bermaksud :

Dua orang perempuan yang menyukai seorang lelaki.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
birdcagesusunan sangkar burungKesenianHiasan DalamanSusunan atau bentuk pada tiang kayu atau logam yang dipasang kepada pelari tangga berpilin sebagai penyokong susur tangan.
fish-pensangkar ikanPerikananAkuakulturSistem ternakan ikan secara kepungan yang dipacak di dasar laut atau sungai yang cetek menggunakan bahan seperti buluh, netlon atau pukat polietilena.
marine gabiongabion marinSains MarinTiadaSangkar dawai yang berbentuk segi empat atau silinder yang dipenuhi dengan batu konkrit atau pasir bagi menghalang hakisan. Bentuk binaan ini sangat kukuh berbanding dengan binaan daripada konkrit konvensional kerana sukar dihanyutkan oleh arus yang kuat.
nanocages encapsulationpenkapsulan nanosangkarKimiaTiadaPenkapsulan yang berbentuk seperti sangkar dan bersaiz nano.
foulingkotoranPerikananAkuakulturHidupan atau bahan bukan hidup yang melekat pada permukaan jaring, pelampung dan tali sauh sangkar. Kotoran boleh mengganggu operasi ternakan.
stocking densitykadar kepadatanPerikananAkuakulturKadar atau bilangan ikan yang boleh dilepaskan atau dimasukkan ke dalam sesebuah tangki, sangkar atau kolam (bilangan ikan per m2 atau per m3). Kadar pelepasan yang sesuai penting untuk menggalakkan tumbesaran. Kadar pelepasan yang rendah akan merugikan ruang dan pengurusan, manakala kadar pelepasan yang terlalu tinggi akan mengakibatkan tumbesaran ikan terbantut dan risiko kematian.
nurseryasuhan benihPerikananAkuakulturPeringkat ternakan selepas peringkat larva sehingga ke saiz yang sesuai untuk dilepaskan ke kolam atau sangkar ternakan.
starter feedmakanan permulaanPerikananTiadaMakanan formulasi ternakan dalam saiz yang halus dan kecil dan kebiasaannya dalam bentuk peroi. Makanan permulaan digunakan pada peringkat awal ternakan di dalam kolam atau sangkar. Kandungan nutrisi bagi makanan ini lebih tinggi berbanding pada peringkat lain ternakan dan harganya juga lebih mahal.
ideographideografKesusasteraanTiadaTanda atau gambar yang digunakan dalam sistem tulisan untuk menyampaikan sesuatu idea, aksi, benda dan sebagainya, yang lebih utama berbanding perkataan. Dalam novel berjudul Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, sangkar yang digunakan untuk mengurung Jeha, menyimpan alat-alat untuk mengerjakan sawah, dan menyimpan padi yang telah dituai boleh dianggap sebagai ideograf. Tujuannya untuk menyampaikan idea keterjebakan keluarga Lahuma dalam suatu kemelut kemiskinan (sebagai petani) yang tidak berkesudahan. Tulisan Cina dan Jepun dikatakan menggunakan bentuk ideograf. Ideograf berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �tanda peribadi�. Ideograf dikenali juga sebagai ideogram.
crosslinked polymerpolimer berangkai silangFizikNanoteknologiBahan polimer yang mengandungi rantaian yang bertaut dengan rantai polimer yang sama pada tempat yang berlainan atau dengan rantai polimer yang berlainan menerusi ikatan kovalens. Polimer ini dapat membentuk sangkar untuk mengurung nanozarah bagi tujuan tertentu seperti perubatan.
12

Kembali ke atas