Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.ju.ngan] | سانجوڠن

Definisi : 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.ju.ngan] | سانجوڠن

Definisi : 1 penghormatan yg diberi­kan; peng­hargaan; pujian. 2 seseorang yg di­sanjung; yg selalu dipuji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanjung
Kata Terbitan : menyanjung, sanjungan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
odeodaKesusasteraanPuisiPuisi yang membawakan pemikiran dan tema-tema berupa sanjungan, pemujaan dan pujian, terutama terhadap seseorang tokoh, pemimpin atau objek-objek yang disanjungi dan dihormati. Puisi-puisi yang dijadikan lagu-lagu nasyid adalah merupakan puisi oda yang liriknya menyanjung tentang kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w dan keagungan Allah s.w.t.
anthemantem; lagu puja (gereja)KesusasteraanTiadaNyanyian yang bercorak kegembiraan atau sanjungan.
exordiumeksordiumKesusasteraanTiadaBahagian permulaan, pengenalan atau mukadimah dalam sesuatu teks. Eksordium merupakan bahagian yang penting dalam sesuatu teks kerana ia memberikan maklumat awal kepada pembaca tentang sejarah penulisan, tujuan, dan isi kandungan teks berkenaan. Bahagian eksordium diikuti dengan isi teks, dan diakhiri dengan bahagian kolofon. Biasanya, eksordium mengandungi keterangan atau maklumat tentang nama pengarang, asal-usul, tujuan, tempat serta tarikh teks ditulis. Terdapat juga eksordium yang mengandungi puji-pujian terhadap Tuhan atau sanjungan kepada tokoh tertentu. Eksordium terdapat dalam karangan prosa dan puisi. Contoh eksordium dalam kesusasteraan Melayu dapat dilihat dalam bahagian mukadimah teks seperti Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin. Lihat juga kolofon.

Kembali ke atas