Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tap] | سانتڤ

Definisi : = bersantap bd makan, minum: ~ ia ~ beradat, dua suap ketiga sudah; Seri Paduka kemudiannya telah bersantap tengah hari bersama pegawai-pegawai tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tap] | سانتڤ

Definisi : bd, = bersantap makan atau minum (digunakan oleh raja-raja): Baginda telah ~ bersama-sama gabenor itu. menyantap memakan atau me­minum: Baginda sedang ~ makanan yg disajikan. santapan makanan atau minuman; apa-apa yg disantap. persantapan hidangan makanan atau minuman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
santap
Kata Terbitan : bersantap, santapan, persantapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genteelismekesantunanKesusasteraanTiadaSifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud �asuhan sempurna�, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud �anggun�. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: �... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman.�

Kembali ke atas