hagiography | hagiografi | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang menonjolkan tokoh yang dianggap suci. Pada asalnya, hagiografi merujuk kepada karya sastera di Eropah yang dihasilkan untuk mengagung-agungkan kehidupan santo (saint) dan orang yang mati demi kesucian agama Kristian. Sastera hagiografi terdapat pada Zaman Pertengahan tetapi jarang terdapat pada zaman moden, melainkan dalam karya drama, Saint Joan (1923) oleh G.B. Shaw. Hagiografi juga digunakan untuk karya biografi tokoh-tokoh suci dalam agama lain. Contoh dalam tradisi persuratan Islam ialah Tadhkirat al-Awliya oleh Faridudin, �Attar dari parsi dan karya tentang Wali Songo di Alam Melayu. Dalam tradisi India, terdapat karya tentang Kabir, Meerabai dan Guru Nanak. Hagiografi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �penulisan suci�. |
biography | biografi | Kesusasteraan | Tiada | Riwayat hidup seseorang atau sebuah keluarga yang ditulis oleh orang lain secara menyeluruh. Penulisan biografi diusahakan untuk memperlihatkan perwatakan individu atau sesebuah keluarga termasuklah aktiviti dan pengalamannya serta persekitaran yang mengelilinginya. Pada zaman Yunani dan Romawi, biografi dianggap sebahagian daripada tulisan sejarah. Bentuk bagiografi atau kisah hidup para santo (saints) adalah antara tulisan biografi yang awal. Selain itu, biografi awal juga berlegar pada periwayatan raja dan tokoh wira. Rata-rata penekanan tulisan adalah pada kekuatan dan kebaikan tokoh yang diperkatakan. Bentuk biografi pada tahap ini lebih bersifat pemujaan yang tidak objektif. Walau bagaimanapun, dalam karya Lives of The Poets, Samuel Johnson mula meninggalkan ciri-ciri pendewaan tokoh dan penulisannya memperlihatkan objektiviti yang menjadi tuntutan sesebuah biografi. Johnson meletakkan biografi sebagai genres sastera yang diakui dan diterima khalayaknya. Dengan terhasilnya tulisan James Boswell berjudul Life of Samuel Johnson, biografi sebagai bentuk tulisan menjadi lebih kukuh. Sementara dalam tulisan Lytton Strachey berjudul Eminent Victorians, bentuk penulisan ini lebih mantap seperti yang dilihat dan difahami sekarang. Dewasa ini, biografi meliputi kisah riwayat hidup orang biasa, dan tulisannya berbentuk ilmiah dan popular. Contoh biografi dalam sastera Arab ialah Hayat Salah al-Din al-Ayubbi oleh Ahmad Bili. Dalam kesusasteraan Melayu, bentuk biografi dapat dilihat pada karya seperti Pendeta Za�ba dalam Kenangan oleh Abdullah Hussain, dan Biografi Usman Awang: Sebuah Benua Rusuh oleh Muhammad Haji Salleh. Biografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup�. Lihat juga anekdot, autobiografi, hagiografi. |