Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.pu] | ساڤو

Definisi : 1. alat (drpd lidi, sabut, roman, dll) utk membersihkan lantai dll: dia membersihkan rumahnya dgn ~ lidi; 2. sesuatu yg digunakan utk membersihkan (mengesat, menghapus, dll); ~ jagat a) sj meriam besar; b) sj hantu hutan; ~ tangan a) kain segi empat (utk mengesat muka, peluh, dll); b) destar, setangan; ~ tangan menali ayam prb perihal ke­mis-kinan yg amat sangat; spt ~ (penyapu) diikat dgn benang sutera prb sesuatu yg tidak kena pd tempatnya; bersapu 1. (sudah) dibersihkan (dikesat dll) dgn sapu: bilik saya belum ~; 2. (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pd per­mukaan-nya): bersama-sama susu lembu itu disedia-kannya juga tiga keping roti bakar ~ mentega; menyapu 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; menyapukan 1. menyapu utk orang lain; 2. memakai sesuatu utk menyapu, menyapu dgn; 3. melumurkan (melumaskan, meng­gosokkan, dll) sesuatu pd (sesuatu permukaan dsb): maka oleh si pelulut ubat guna drpd Hang Nadim itu disapukannya pd tubuh Tun Teja; selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pd muka dan leher; tersapu 1. sudah disapu, sudah dibersihkan; 2. (telah) dibinasakan (dirosakkan, di­musnah-kan, dll): haluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya; sapuan 1. perihal (perbuatan dsb) menyapu: dia merasai sesuatu drpd ~ hujung rambut perempuan itu; 2. hasil menyapu; penyapu alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pu] | ساڤو

Definisi : Jw; menyapu memukuli dgn rotan (sbg hukuman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pu] | ساڤو

Definisi : ; ~ leman sj tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pu] | ساڤو

Definisi : 1 alat drpd lidi (sabut, roman dll) yg digunakan utk membersihkan sesuatu. 2 apa-apa, spt kain buruk, yg digunakan utk mengesat atau utk membersihkan sesuatu: ~ tangan kain empat segi utk mengesat tangan dsb. bersapu 1 sudah dibersihkan dgn sapu: Halaman rumahnya tidak pernah ~. 2 sudah dilumas (dgn): Ibunya menyediakan secawan kopi serta dua keping roti ~ mentega. menyapu 1 membersihkan sesuatu dgn menggunakan sapu: ~ lantai. 2 mengesat atau mengelap dgn sapu: Dia ~ matanya dgn tuala kecil. 3 melumas sesuatu (dgn): Dia ~ dinding biliknya dgn cat biru. menyapukan 1 menyapu utk orang lain. 2 menyapu dgn; memakai sesuatu utk menyapu; melumaskan: ~ jem pd roti. sapuan hal menyapu; hasil drpd menyapu. penyapu alat utk membersihkan (mengesat) sesuatu; sapu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapu

Puisi
 

Sapu tangan jatuh ke laut,
     Jatuh ke laut dengan alasnya;
Amboi berat budi disambut,
     Sambut dengan tiada balasnya.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Seperti sapu diikat dengan benang sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rubefacientrubefasienHerbaFitoterapiBahan atau ubat sapu yang menyebabkan kemerahan pada kulit.
embrocateembrokatHerbaFitoterapiBahan untuk melembapkan kulit seperti minyak sapu atau losyen.
carrier oilminyak pembawaHerbaTiadaMinyak untuk mencairkan minyak pati atau minyak mutlak yang digunakan sebagai minyak sapu atau produk penjagaan tubuh. Minyak ini diperoleh daripada tumbuhan atau mineral. Minyak pembawa juga dikenali sebagai minyak asas atau minyak dasar. Contohnya, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak sawit dan parafin.
herbal pastepes herbaHerbaTiadaSediaan bahan herba separa pepejal yang dihasilkan untuk kegunaan luaran yang berbeza dengan ubat sapu dan gel kerana mengandungi kadar serbuk halus yang tinggi. Bahan dasar pes yang digunakan ialah parafin atau gliserol. Sifat kekukuhannya membuatkan pes berguna sebagai bahan salut pelindung.

Kembali ke atas