Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. alat (drpd lidi, sabut, roman, dll) utk membersihkan lantai dll: dia membersihkan rumahnya dgn ~ lidi; 2. sesuatu yg digunakan utk membersihkan (mengesat, menghapus, dll); ~ jagat a) sj meriam besar; b) sj hantu hutan; ~ tangan a) kain segi empat (utk mengesat muka, peluh, dll); b) destar, setangan; ~ tangan menali ayam prb perihal ke­mis-kinan yg amat sangat; spt ~ (penyapu) diikat dgn benang sutera prb sesuatu yg tidak kena pd tempatnya; bersapu 1. (sudah) dibersihkan (dikesat dll) dgn sapu: bilik saya belum ~; 2. (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pd per­mukaan-nya): bersama-sama susu lembu itu disedia-kannya juga tiga keping roti bakar ~ mentega; menyapu 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; menyapukan 1. menyapu utk orang lain; 2. memakai sesuatu utk menyapu, menyapu dgn; 3. melumurkan (melumaskan, meng­gosokkan, dll) sesuatu pd (sesuatu permukaan dsb): maka oleh si pelulut ubat guna drpd Hang Nadim itu disapukannya pd tubuh Tun Teja; selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pd muka dan leher; tersapu 1. sudah disapu, sudah dibersihkan; 2. (telah) dibinasakan (dirosakkan, di­musnah-kan, dll): haluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya; sapuan 1. perihal (perbuatan dsb) menyapu: dia merasai sesuatu drpd ~ hujung rambut perempuan itu; 2. hasil menyapu; penyapu alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapu I

Puisi
 

Sapu tangan jatuh ke laut,
     Jatuh ke laut dengan alasnya;
Amboi berat budi disambut,
     Sambut dengan tiada balasnya.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Seperti sapu diikat dengan benang sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monteithssapu tangan monteitKesenianTiadaSapu tangan Inggeris daripada fabrik kapas berbintik putih, berlatar belakang berwarna.
shop romaisapu tangan romaiKesenianTiadaSapu tangan daripada fabrik kapas tenun biasa dalam pelbagai warna di India.
washbasuh; sapu cairKesenianTiada2. Sapu air: Teknik melukis dengan cat air yang cair dan nipis untuk mendapatkan kesan lut sinar.
interlaced hemstitchingjahit sapu tangan jeraitKesenianTiadaJahit sapu tangan yang disisipkan benang di tengah-tengahnya untuk menghasilkan corak berjerait.
hemstitchingkelim terus; jahit tepi sapu tanganPentadbiran PerniagaanTiadaJahit tepi sapu tangan: Jahit hiasan yang dibentuk dengan menarik beberapa urat benang yang selari dan diberkas dengan mata jahitan mengikut jarak tertentu supaya menyerupai bentuk jam pasir.
reverse sweeppukulan sapu songsangSukanTiadaPukulan yang dibuat berlawanan arah dengan pukulan sapu.
brushingtitik;sapuKesenianTiada1. Titik: Memukul gentian dengan perlahan dalam proses membuat kertas.,2. Sapu: Menyapu cat dengan berus pada lukisan.
handkerchief linenfabrik linen sapu tanganKesenianTiadaFabrik linen halus yang digunakan untuk membuat sapu tangan, skarf leher dan pakaian wanita dan kanak-kanak.
zig zag hemstitchjahit tepi sapu tangan siku sikaKesenianTiadaVariasi jahit tepi sapu tangan yang dibentuk dengan menarik beberapa urat benang yang diberkas dengan mata jahitan pada jarak tertentu bagi menghasilkan bentuk siku-sika.
handkerchief lawnfabrik lawn sapu tanganKesenianTiadaFabrik kapas halus yang sibarnya ditenun dengan menggunakan yarn tebal. Kegunaannya untuk membuat pakaian wanita dan kanak-kanak, sapu tangan dan skarf leher.
1234567

Kembali ke atas