Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.puan] | ساڤوان

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) menyapu: dia merasai sesuatu drpd ~ hujung rambut perempuan itu; 2. hasil menyapu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.puan] | ساڤوان

Definisi : hal menyapu; hasil drpd menyapu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapuan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
linear sweep voltammetryvoltammetri sapuan linearKimiaKimia AnalisisKaedah elektrokimia yang mencatatkan aras sebagai fungsi keupayaan yang diubah-ubah secara linear dengan waktu. Kadar sapuan berjulat daripada 0.04 – 1000 Vs-1. Ia dikenali juga sebagai kronoamperometri sapuan keupayaan linear.
engine displacementsesaran enjinKejuruteraan AutomotifEnjinIsi padu sapuan dalam unit sentimeter padu (cc) unit liter yang dijanakan oleh gerakan omboh dalam gerek silinder e semasa omboh membentuk satu lejang yang lengkap. Bagi enjin multisilinder, isi padu sapuan dijumlahkan mengikut bilangan silinder. Contohnya, enjin CamPro 1.6 liter mempunyai isi padu sapuan 1597 cc.
swept volumeisi padu sapuanKejuruteraan AutomotifEnjinRuang dalam silinder yang dijanakan oleh laluan omboh dari takat terakhir bawah ke takat terakhir atas. Nilai isi padu sapuan ini bersamaan dengan nilai sesaran. Sinonim isi padu sesar.
sweep delaytunda sapuanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKawalan litar elektronik pada alat ultrasonik gema denyut yang berfungsi untuk melaraskan pergerakan isyarat gema pada paksi mendatar. Pelarasan perlu dilakukan bagi tujuan tentukuran untuk membolehkan isyarat gema bergerak dari satu posisi ke satu posisi yang lain di atas skrin alat ultrasonik.
scavenging efficiencykecekapan pembilasan sisaKejuruteraan AutomotifEnjinKadar sapuan gas ekzos dari ruang pembakaran oleh campuran udara-bahan api. Proses ini berlaku semasa lejang pengambilan bermula dan lejang ekzos hampir berakhir pada enjin dua lejang. Kecekapan tinggi menghasilkan pembakaran lebih sempurna tetapi pembaziran bahan api berlaku kerana sebahagian campuran udara-bahan api terlepas keluar bersama ekzos.
displacement volumeisi padu sesarKejuruteraan AutomotifEnjinLihat isi padu sapuan.
cyclic voltammetryvoltammetri berkitarKimiaKimia AnalisisKaedah elektrokimia bagi mengkaji perubahan keupayaan pada suatu elektrod yang melibatkan sapuan keupayaan secara ulang-alik. Kaedah ini sesuai untuk mengkaji sama ada suatu tindak balas redoks itu berbalik atau tidak.

Kembali ke atas