carpenter bee | lebah kayu | Biologi | Entomologi | Nama am bagi lebah dalam famili Xylocopidae, yang mengorek lubang pada kayu untuk membina sarangnya. Kebanyakan spesiesnya terdapat di kawasan tropika. |
social parasitism | parasitisme sosial | Biologi | Ekologi | Parasitisme sesuatu spesies terhadap spesies lain. Misalnya, burung mati anak, Cacomantis merulinus tidak membuat sarangnya sendiri, sebaliknya meletakkan telurnya di dalam sarang burung lain, dan apabila telur tersebut menetas, anak burung itu akan dijaga oleh induk angkatnya. |
propolis | propolis | Biologi | Entomologi | Bahagian beresin daripada tunas atau aksil daun pokok tertentu yang digunakan oleh lebah pekerja untuk membina dan membaiki sarangnya. |
carpenter ant | semut kayu | Biologi | Entomologi | Semut besar dalam genus Campnotus yang berwarna hitam dan mengorek lubang pada kayu. Semut ini membina sarangnya di dalam kayu. |
harvester ant | semut kebun | Biologi | Entomologi | Semut herbivor yang membina sarang daripada tanah dan pasir, dan memusnahkan segala tumbuhan yang terdapat di sekeliling sarangnya. |