severe acute respiratory infection (SARI) | jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) | Kesihatan Awam | Tiada | Jangkitan pernafasan akut dengan ciri-ciri sejarah demam atau suhu badan ≥ 38 °C, batuk dalam tempoh 10 hari, dan perlu dimasukkan ke hospital. |
epitome | inti sari | Kesusasteraan | Puisi | Isi atau persoalan penting dalam sebuah puisi. |
idiot board | papan ingat | Pendidikan | Tiada | Papan yang bertulis dengan teks atau sari kata untuk membantu peyampai televisyen mengingatinya. |
power politics | politik kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik yang berlegar dari sudut kuasa dan persaingan kuasa. Kuasa menjadi inti sari kepada segala aktiviti dan matlamat politik, justeru kuasa ini menjadi rebutan, persaingan dan tumpuan kepada pesaing politik. Kuasa juga dilihat sebagai penentu segala-galanya dalam politik dan penguasaannya boleh memberi kelebihan kepada seseorang untuk menguasai bidang lain seperti pentadbiran, perundangan, perniagaan, pangkat, penghormatan, jawatan penting dan pemerintahan. Individu yang terpengaruh dengan politik kuasa ini sanggup menipu, memutuskan persaudaraan, menggadaikan harta atau melakukan apa sahaja kerana politik. Dengan itu, politik bermakna kuasa dan kuasa tidak terpisah daripada politik seperti pandangan Robert Dahl dan Harold Lasswell iaitu kuasa berupaya menentukan siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana. |
initial caesura | jeda awal | Kesusasteraan | Puisi | Penghentian sebentar pengucapan sama ada pada diksi, frasa ataupun ayat dalam baris puisi, sebelum meneruskan pengucapan pada baris berikutnya. Contohnya, pantun dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional. Sirih berlipat sirih pin ang , Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awai bismillah pembuka bicara. |
kaba | kaba | Kesusasteraan | Puisi | Suatu bentuk sastera lisan yang berkembang di Minangkabau, Sumatera Barat. Lazimnya kaba disampaikan oleh penutur atau tukang cerita dalam bentuk prosa lisan, namun begitu terdapat juga dalam bentuk puisi. Contohnya, kaba yang cukup terkenal di kalangan masyarakat Minangkabau dari dahulu hingga kini ialah Kaba Tjindue Mato dan Putri Sari Bunia. |
jampi | jampi | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dibaca bagi mengubat seseorang yang sedang sakit terutama dalam konteks masyarakat tradisional. Lazimnya jampi ataupun mantera ini digunakan atau dibacakan oleh seorang bomoh awu dukun. Ada kalanya jampi atau mantera ini juga dibacakan kepada sesuatu objek seperti keris, tombak dan lembing kerana dipercayai benda-benda ini mengandungi unsur-unsur sakti. Contohnya, jampi "Penawar Bisa" dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional.Bismillahi 'L-rahman 'I-Rahim, Kayu medang, kayu patani. Tumbuh di padang merbani, Akar terhunjam tujuh petala bumi, Pucuk tersandar ke angkasa; Tuan puteri dari angkasa, Membawa tawar sekalian yang bisa, Ipuh putih menawar ipuh merah, |