banker's blanket bond | bon sarwa jurubank | insurans | Tiada | lih. bon sarwa. |
blanket bond | bon sarwa | insurans | Tiada | Bon yang digunakan untuk memberi perlindungan kepada bank dan institusi berkaitan untuk melindungi kerugian akibat daripada rompakan, kecurian atau ketidakjujuran pekerja dan pegawai institusi kewangan tersebut. |
blanket rate | kadar sarwa | insurans | Tiada | Kadar insurans yang dikenakan kepada lebih daripada satu harta atau subjek yang diinsuranskan. |
blaket coverage | perlindungan sarwa | insurans | Tiada | Insurans yang memberi perlindungan kepada lebih satu jenis harta di satu lokasi atau beberapa jenis harta di beberapa lokasi. |
blanket mortgage | gadai janji sarwa | insurans | Tiada | Satu gadai janji yang melindungi lebih daripada sebidang hartanah. |
blanket position bond | bon kedudukan sarwa | insurans | Tiada | Bon yang memberi pelindungan kepada majikan akibat kerugian yang disebabkan ketidakjujuran pekerja. Amaun maksimum yang berbayar bagi penggelapan wang ialah amaun muka yang didarabkan dengan bilangan pekerja yang terlibat. |
blanket fidelity bond | bon kesetiaan sarwa | insurans | Tiada | Bon yang memberi perlindungan kerugian kepada majikan akibat tindakan ketidakjujuran pekerja. |
blanket crime policy | polisi jenayah sarwa | insurans | Tiada | Polisi yang memberi perlindungan untuk ketidakjujuran pekerja, kehilangan wang dan sekuriti di dalam dan di luar premis yang dilindungi, penipuan oleh pendeposit, penipuan dan kehilangan wang pos. |
blanket expense policy | polisi perbelanjaan sarwa | insurans | Tiada | Polisi atau peruntukan yang membayar semua perbelanjaan beberapa jenis hilang upaya; perubatan, perawatan, pembedahan, penghospitalan, sinar-X dan lain-lain. |