oral literature | sastera lisan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang muncul dalam masyarakat pratulisan, dicipta dan disampaikan secara lisan. Sastera lisan merupakan bentuk sastera yang terawal muncul dalam sesuatu masyarakat. Biasanya, sastera lisan bersifat kolektif, dan boleh dimiliki dan dihayati secara bersama. Sastera lisan kebanyakannya dianggap sebagai suatu bentuk seni persembahan kerana melibatkan gerak tubuh, dialog, muzik dan kostum. Sastera lisan disampaikan oleh tukang cerita profesional dan bukan profesional. Tukang cerita profesional digelar Awang Batil, Tarik Selampit, dan Awang Belanga. Oleh sebab sastera lisan disampaikan secara spontan, penciptaannya harus bergantung pada formula, frasa kodi, serta tema yang sudah tersedia dalam tradisi lisan. Formula, frasa kodi dan tema tersedia itu diubahsuai mengikut keperluan teks. Justeru, sastera lisan memperlihatkan ciei-ciri khusus penciptaan lisan, seperti bersifat skematik dan formulaik, serta penuh dengan unsur-unsur perulangan dan keselarian. Sastera lisan terdiri daripada bentuk prosa atau separa prosa seperti cerita rakyat dan lipur lara. Sastera lisan juga disampaikan dalam bentuk puisi, iaitu pantun, seloka, mantera, teromba dan lain-lain. Lihat juga cerita rakyat, formulaik. |
criticism | kritikan | Kesusasteraan | Tiada | Cabang pengajian yang berkaitan dengan perihalan sastera. Contohnya, mendefinisikan karya sastera, mengklasifikasikan karya sastera berdasarkan genre, mentafsirkan makna, menganalisis struktur dan gaya, menilai mutu melalui perbandingan dengan karya lain, menjangkakan kesan terhadap pembaca, menetapkan prinsip umum kritikan sastera, dan mewajarkan kehadiran karya sastera daripada usaha menyanggah, menafikan, menolak dan menapisnya. Kritikan sastera berfokus pada empat perkara, iaitu pengarang, teks, khalayak dan konteks. Dalam proses kritikan ini, keempat-empat perkara tersebut digunakan, sama ada secara bersendirian, bertindan atau bergabung. Kritikan sastera juga memanfaatkan teori kritikan seperti marxisme, strukturalisme, pascastrukturalisme, pascamodenisme, pascakolonialisme, feminisme dan sebagainya. Teori kritikan juga berfokus pada empat perkara di atas. Lihat juga kritikan kehakiman, kritikan Marxis, kritikan moral, kritikan pascakolonial, kritikan pascastrukturalis, kritikan pramatik. |
sastera serantau | sastera serantau | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang melangkaui sempadan politik beberapa buah negara berhampiran dan memiliki identiti budaya yang dikongsi bersama. |
literary dissemination | penyebaran sastera | Kesusasteraan | Tiada | Pemindahan bentuk sastera dari satu lapangan budaya dan geografi ke lapangan budaya dan geografi yang lain. Pemindahan sastera juga berlaku dari satu generasi kepada generasi yang lain. Pemindahan sastera biasanya berlaku secara lisan dalam tempoh yang lama. Justeru, bentuk sastera ini akan mengalami perubahan, iaitu interpolasi, pembudayaan, iaitu akulturasi, dan pengubahsuaian, iaitu adaptasi. Proses pemindahan ini menyebabkan muncul pelbagai versi teks. Minat terhadap pemindahan sastera juga menyebabkan wujudnya pelbagai kajian yang tertumpu pada pencarian versi asal teks, iaitu prototaip, arketaip serta asal usul sesebuah teks. Pendekatan yang cenderung ke arah pemindahan sastera ialah kajian filologi, kesusasteraan bandingan, serta kaedah sejarah-geografi dalam kajian budaya rakyat. |
literature | kesusasteraan | Kesusasteraan | Tiada | Karya bersifat imaginatif yang tampil dalam bentuk prosa, puisi, dan drama, sama ada berbentuk sastera bertulis ataupun lisan. Pada awalnya, kesusasteraan mencakupi karya sastera dan bukan sastera, tetapi kini cakupannya lebih meluas kerana kesusasteraan juga merujuk kepada pelbagai bentuk karya seperti undang-undang, falsafah, sejarah, roman, kitab, adab dan sebagainya. Sifat kesusasteraan dapat dilihat dari aspek ekstrinsik dan intrinsiknya. Ditinjau dari sudut ekstrinsik, kesusasteraan ialah satu institusi budaya yang menampung nilai-nilai masyarakat. Karya sastera dapat memperlihatkan perubahan nilai budaya yang dilalui oleh sesebuah masyarakat mengikut peredaran zaman, dan dapat bertahan sepanjang zaman serta menjadi wadah untuk menyampaikan dan melestarikan nilai-nilai tradisi. Jika ditinjau dari aspek ekstrinsik, kesusasteraan boleh diertikan sebagai hubungan antara teks dengan pengarang, dan antara teks dengan khalayak. Dari satu segi, kesusasteraan merupakan luahan persepsi dan peribadi pengarangnya, manakala dari perspektif yang lain, kesusasteraan bukan luahan peribadi pengarangnya, justeru teks dianggap sebagai karya yang menyisihkan pengarangnya. Kesusasteraan dapat membangkitkan pengalaman estetik dan meninggalkan kesan kepada emosi khalayak secara terkawal dan tidak menggerakkan khalayak untuk bertindak. Justeru, pornografi dan propaganda tidak dapat dianggap sebagai karya sastera kerana bahan-bahan itu mendorong khalayak untuk bertindak negatif. Kesusasteraan secara umumnya berbeza dengan sains, sejarah, dan falsafah kerana kesusasteraan mempunyai sifat intrinsiknya yang tersendiri. Kesusasteraan dianggap sebagai objek seni yang dibina oleh bahasa, dan bersifat unik, utuh kendiri, dan autonomous. Kesusasteraan juga mempunyai sifat-sifat yang ada pada karya seni seperti keseimbangan, komposisi, dan struktur. |
genre | genre | Kesusasteraan | Tiada | Kategori atau jenis karya sastera mengikut bentuk, teknik atau pokok persoalan. Genre yang dipilih untuk mengklasifikasikan karya sastera adalah pelbagai dan kriteria yang digunakan untuk tujuan klasifikasi berbeza. Dalam sastera Yunani purba, klasifikasi genre ditetapkan oleh Aristotle, seorang ahli teori dan falsafah terkenal, dalam karyanya Poetics merangkumi tiga aspek utama seperti yang berikut: pertama, lirik (watak utama bercakap sendiri), kedua, epik atau naratif (seorang narator bercakap sendiri dan kemudian membenarkan watak lain bercakap), dan ketiga, drama (semua watak bercakap). Dalam sejarah kesusasteraan Barat, dari Zaman Pembaharuan (Renaissance) sehingga pada abad k3-18, genre (ketika ini dikenali sebagai jenis puitika) dianggap suatu bentuk sastera yang tetap dan tidak berubah. Satu lagi klasifikasi genre bermula pada akhir abad ke-18 dan pada awal abad ke-19, apabila pengkritik Jerman membahagikan skema ini kepada tiga, iaitu sajak, novel dan drama. Kini, pengkritik sastera moden memperkukuh dan memperkembangkan spesifikasi ini dengan merangkumi semua genre sastera seperti epik, tragedi, komedi, satira dan lirik. Antara genre baharu yang dilahirkan ialah biografi, esei dan kajian sastera. Setiap genre mempunyai ciri-ciri tersendiri dan boleh diklasifikasikan mengikut subgenre. Contohnya ialah novel warkah, haiku, dan cerita detektif. Genre berasal daripada perkataan Perancis genre bermaksud �jenis dan macam�. Lihat juga biografi, cerita detektif, drama, epik, haiku, novel, puisi, satira, tragedi. |
literary convension | konvensi sastera | Kesusasteraan | Tiada | Alat atau tatacara sastera yang dipersetujui dan disepakati bersama oleh pengarang dan pembaca, termasuklah penerimaan pembaca bahawa setiap bentuk karya mempunyai ciri-ciri yang khusus. Konvensi sastera juga merujuk kepada fitur-fitur khusus seperti tema, watak, bentuk dan teknik yang wujud berulang kali dalam karya sastera. |
literary criticism | kritikan sastera | Kesusasteraan | Tiada | Bidang kajian sastera yang merujuk interpretasi, analisis, dan penilaian terhadap karya sastera. |
propaganda literature | sastera propaganda | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang bersifat didaktik dan politikal. Karya ini bertujuan untuk mempengaruhi pembaca supaya mengambil suatu pendirian atau tindakan tentang isu praktikal seperti perkauman, ekinomi, persekitaran, perang, dan isu sosiopolitik lain yang boleh menarik perhatian umum. Sastera propaganda sering dianggap rendah mutu sasteranya. Namun pandangan ini tidak semestinya tepat kerana banyak karya propaganda mempunyai mutu sastera yang baik, malah ditulis oleh pengarang yang terkenal. Contoh dalam karya Melayu ditemui dalam novel bertajuk Harga Sebuah Maruah oleh Azizi Hj. Abdullah. Novel ini mengisahkan pengambilan tanah secara paksaan oleh pemerintah tetapi ditentang oleh golongan petani yang mempertahankan haknya. Puisi yang berjudul �Keranda 152� oleh Usman Awang pula membicarakan isu bahasa, ketuanan dan kemiskinan Melayu. Contoh lain ditemui dalam drama Mr. Warren�s Profesion oleh Bernard Shaw. |
imitation | imitasi | Kesusasteraan | Tiada | Proses peniruan dalam karya sastera. Proses ini berdasarkan anggapan bahawa sastera ialah suatu percubaan untuk meniru alam seperti yang disebut oleh Aristotle sebagai mimesis. Sastera dikatakan bertindak sebagai cermin yang memancarkan realiti kehidupan manusia. Pandangan ini popular sehingga penghujung abad ke-18 apabila konsep peniruan ini mula dipertikaikan. Sesetengah pengkritik menganggap bahawa setiap peniruan akan melibatkan proses mediasi disebabkan oleh faktor ideologi atau kepentingan estetik. Justeru, imitasi bukanlah peniruan yang berlaku tanpa gangguan, tetapi imitasi bersifat amat subjektif. Imitasi berasal daripada perkataan Latin bermaksud �salinan atau tiruan�. Lihat juga mimesis. |