Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
red flaretanda merahSukanLumba BasikalBendera atau lambang berwarna merah yang dipasang satu (1) km sebelum garis penamat dalam perlumbaan jalan raya.
motor pacing (demi-fond)lumba ikut motorSukanLumba BasikalPerlumbaan basikal balapan secara mengekori motosikal dari mula hingga tamat perlumbaan, lazimnya selama satu (1)jam.
one hour recordrekod satu jamSukanLumba BasikalPerlumbaan mencipta masa oleh seseorang pelumba dalam masa satu (1) jam di atas balapan velodrom.
Olympic sprintpecut OlimpikSukanLumba BasikalPerlumbaan tiga (3) pusingan balapan oleh dua (2) pasukan,dengan tiga (3) pelumba bagi setiap pasukan. Setiap pelumba akan mendahului pasukannya sejauh satu (1) pusingan.
processproses; cuaran (anatomi)BiologiTiada1. Satu siri tindakan, perubahan, perkembangan dan lain-lain yang berlaku secara tidak disedari misalnya penghadaman pembezaan.
catchment areakawasan tadahanPerancangan dan Pembangunan BandarTiada(1) Kawasan petempatan yang menerima satu-satu jenis perkhidmatan daripada sesuatu institusi seperti pusat perniagaan, perkhidmatan sosial seperti kesihatan, pelajaran, dan pejabat pos. (2) Satu kawasan yang termasuk dalam kawasan pengaruh sesuatu petempatan bandar.
ceilingsilingMeteorologiTiada1. Ketinggian satu titik tertentu pada dasar awan terendah dari permukaan bumi yang jumlah awannya melebihi nilai tertentu. Siling juga disebut ketinggian dasar awan. 2. Ketinggian maksimum yang dapat dicapai oleh sesuatu objek, seperti belon, roket, pesawat udara, dan projektil yang berada di udara.
Arrhenius plotplot ArrheniusFizikNanoteknologiSatu plot garis lurus ln y melawan 1/T (atau 1/kT) bagi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea= tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Persamaan Arrhenius berlaku untuk kebanyakan proses terma seperti pemancaran elektron dari suatu dawai panas dan pertumbuhan kultur bakteria. Plot Arrhenius sangat berguna untuk menentukan tenaga pengaktifan sesuatu proses.
annual ringcecincin tahunan; gegelang tahunanBiologiTiada1. Salah satu gegelang pertumbuhan, dilihat dalam keratan melintang dikotiledon, menandakan pertumbuhan sekunder dalam masa setahun.,2. Gegelung yang menandakan pertumbuhan pada cangkerang haiwan dwicangkerang.
preferential votingpengundian keutamaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang memerlukan satu wakil dari satu kawasan tetapi memberi peluang kepada pemilih menyenarai calon yang disukai menurut keutamaan pengundi berdasarkan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Calon pertama yang mendapat undi tertinggi melepasi 50%+1 undi akan dianggap pemenang dan akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti sedemikian maka calon yang mendapat undi yang tercorot akan terkeluar daripada pemilihan dan kertas undi beliau akan disemak dan seterusnya calon yang menjadi pilihan kedua dari kertas ini akan mendapat undi tersebut. Daripada pengumpulan undi ini, calon yang melepasi majoriti seperti di atas yang akan menang. Proses tersebut akan berulang sehingga pemenang diperoleh. Sebagai contoh, Australia mengamalkan sistem pengundian keutamaan ini dalam pilihan raya mereka.
123456

Kembali ke atas