void ratio | nisbah lompang | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah isi padu lompang, Vv berbanding dengan isi padu pepejal bagi satu unit isi padu, iaitu e = Vv/Vs apabila e, ialah nisbah lompang dan Vs ialah isi padu pepejal. |
cubic foot | kaki padu | Perhutanan | Tiada | Simbol Cu. ft. Unit sukatan sebenar yang bersamaan dengan satu kiub yang mempunyai dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu kaki tinggi. Sukatan ini digunakan untuk menyukat isi padu dirian dalam hutan atau isi padu balak dan kayu gergaji di kilang papan. |
tapped density | ketumpatan tertepuk | Farmasi | Tiada | Nilai yang didapati apabila satu isi padu serbuk yang diketahui beratnya ditepuk berulang kali. Serbuk dimasukkan ke dalam silinder penyukat dan nilai isi padu sesudah ditepuk diambil. Ketumpatan dikira dengan mengambil berat sampel dibahagikan dengan isi padu sesudah ditepuk. Ciri ini penting dalam proses pengeluaran tablet. |
aqua regia | akua regia | Kimia | Tiada | Campuran satu isi padu asid nitrik pekat dengan empat isi padu asid hidroklorik pekat. Campuran ini berwarna kuning dan sangat mengakis, dan disebut sebagai akua regia kerana keupayaan melarutkan logam adi seperti platinum, perak dan emas. Akua regia merupakan agen pengoksidaan yang kuat. |
gram-molecular volume | isi padu gram-molekul | Kimia | Tiada | Isi padu yang dipenuhi oleh satu gram-molekul gas. |
volumetric analysis | analisis isi padu | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu analisis tentang isi padu trafik, yang akan menerangkan jumlah trafik, mengikut jam, komposisi trafik, dan juga kepadatan trafik. |
engine displacement | sesaran enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Isi padu sapuan dalam unit sentimeter padu (cc) unit liter yang dijanakan oleh gerakan omboh dalam gerek silinder e semasa omboh membentuk satu lejang yang lengkap. Bagi enjin multisilinder, isi padu sapuan dijumlahkan mengikut bilangan silinder. Contohnya, enjin CamPro 1.6 liter mempunyai isi padu sapuan 1597 cc. |
volume table | sifir isi padu | Perhutanan | Tiada | Jadual yang menerangkan anggaran kandungan isi padu pokok kayu balak atau kayu gergaji bagi satu ukuran yang diberikan atau lebih. Ukuran yang terdapat dalam kebanyakan sifir isi padu pokok ialah garis pusat atau lilit aras dada dan tinggi, dan beberapa sukatan tentang ketirusan batang kayu. |
blood count | bilangan sel darah | Perubatan | Tiada | Jumlah sel darah merah dan putih di dalam satu milimeter padu darah, yang dihitung dengan mikroskop. |
semen volume | isi padu semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Salah satu ciri semen yang dinilai selepas dikumpulkan. Isi padu semen diukur dengan menggunakan pipet atau tabung uji bersenggat. |