catchment area | kawasan tadahan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | (1) Kawasan petempatan yang menerima satu-satu jenis perkhidmatan daripada sesuatu institusi seperti pusat perniagaan, perkhidmatan sosial seperti kesihatan, pelajaran, dan pejabat pos. (2) Satu kawasan yang termasuk dalam kawasan pengaruh sesuatu petempatan bandar. |
process | proses; cuaran (anatomi) | Biologi | Tiada | 1. Satu siri tindakan, perubahan, perkembangan dan lain-lain yang berlaku secara tidak disedari misalnya penghadaman pembezaan. |
one hour record | rekod satu jam | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan mencipta masa oleh seseorang pelumba dalam masa satu (1) jam di atas balapan velodrom. |
red flare | tanda merah | Sukan | Lumba Basikal | Bendera atau lambang berwarna merah yang dipasang satu (1) km sebelum garis penamat dalam perlumbaan jalan raya. |
motor pacing (demi-fond) | lumba ikut motor | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan basikal balapan secara mengekori motosikal dari mula hingga tamat perlumbaan, lazimnya selama satu (1)jam. |
Olympic sprint | pecut Olimpik | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan tiga (3) pusingan balapan oleh dua (2) pasukan,dengan tiga (3) pelumba bagi setiap pasukan. Setiap pelumba akan mendahului pasukannya sejauh satu (1) pusingan. |
nautical mile | batu nautika | Sains Marin | Tiada | Unit ukuran jarak yang didefinisikan sebagai ukuran tepat 1852 m. Mengikut sejarah, batu nautika ditakrifkan satu minit latitud yang bersamaan dengan satu per enam puluh (1/60) satu darjah latitud. Pada zaman ini, batu nautika merupakan unit SI, yang dibundarkan kepada nombor genap dalam unit meter dan kekal digunakan untuk pengemudian marin dan udara. |
ceiling | siling | Meteorologi | Tiada | 1. Ketinggian satu titik tertentu pada dasar awan terendah dari permukaan bumi yang jumlah awannya melebihi nilai tertentu. Siling juga disebut ketinggian dasar awan. 2. Ketinggian maksimum yang dapat dicapai oleh sesuatu objek, seperti belon, roket, pesawat udara, dan projektil yang berada di udara. |
annual ring | cecincin tahunan; gegelang tahunan | Biologi | Tiada | 1. Salah satu gegelang pertumbuhan, dilihat dalam keratan melintang dikotiledon, menandakan pertumbuhan sekunder dalam masa setahun.,2. Gegelung yang menandakan pertumbuhan pada cangkerang haiwan dwicangkerang. |
preferential voting | pengundian keutamaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pengundian yang memerlukan satu wakil dari satu kawasan tetapi memberi peluang kepada pemilih menyenarai calon yang disukai menurut keutamaan pengundi berdasarkan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Calon pertama yang mendapat undi tertinggi melepasi 50%+1 undi akan dianggap pemenang dan akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti sedemikian maka calon yang mendapat undi yang tercorot akan terkeluar daripada pemilihan dan kertas undi beliau akan disemak dan seterusnya calon yang menjadi pilihan kedua dari kertas ini akan mendapat undi tersebut. Daripada pengumpulan undi ini, calon yang melepasi majoriti seperti di atas yang akan menang. Proses tersebut akan berulang sehingga pemenang diperoleh. Sebagai contoh, Australia mengamalkan sistem pengundian keutamaan ini dalam pilihan raya mereka. |