Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak ada yg lain, satu sahaja: dialah ~ orang Melayu yg sanggup memikir-kan masalah masyarakat Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
glycineglisinaFizikNanoteknologiSebatian organik bersaiz sekitar 0.4nm dengan rumus kimia C2H5NO2 yang merupakan asid amino paling ringkas daripada 20 asid amino yang biasa terdapat dalam protein, haiwan. Sebatian ini merupakan satu-satunya asid amino yang tidak aktif optik, iaitu tidak mempunyai stereoisomer-D dan stereoisomer-L. Glisina tidak reaktif apabila digabungkan dengan protein tetapi dalam keadaan bebas, glisina terlibat dalam pelbagai tindak balas, contohnya, biosintesis heme.
aphotic zonezon afotikSains MarinTiadaBahagian atau zon kedalaman lautan yang tidak menerima cahaya matahari langsung, atau hanya menerima sedikit cahaya (< 1%). Zon afotik berada di bawah dari zon fotik dan mengunjur ke bawah sehingga ke dasar lautan. Disebabkan ketiadaan cahaya, bioluminasi adalah satu-satunya sumber cahaya yang ada, dan digunakan oleh sebahagian organisma untuk mencari makanan, sebagai perlindungan dan untuk berinteraksi sesama spesies. Organisma yang agak pelik dan unik seperti sotong gergasi, isopod gergasi, ikan pemancing (Angler fish) sotong vampir dan sebagainya mendiami zon ini.
literary epicepik sasteraKesusasteraanTiadaNaratif panjang yang menceritakan kebaktian seseorang tokoh yang bersifat kewiraan. Epik sastera dikarang dengan baik dan rapi menggunakan teknik serta gaya epik. Biasanya, epik tulisan mempunyai nilai seni yang lebih tinggi dan sempurna berbanding epik rakyat kerana epik ini berbentuk tulisan. Epik sastera memperlihatkan semua konvensi dan ciri-ciri epik dan ditulis untuk tujuan bacaan dan bukannya disampaikan secara lisan. Karya bertajuk Divine Comedy oleh Danie and Aeneid oleh Virgil ialah contoh epik bertulis dari Barat. Dalam dunia Melayu, Hikayat Hang Tuah ialah satu-satunya epik Melayu yang bertulis walaupun tidak diketahui pengarangnya. Contoh epik lain yang bertulis ialah Hikayat Pocut Muhammad, sebuah epik Aceh yang ditulis oleh Teungku Lam Rukam. Epik sastera dikenali juga sebagai epik tulisan atau epik sekunder.
legendlegendaKesusasteraanTiadaCerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbentuk prosa. Legenda ialah cerita yang dianggap benar oleh masyarakat kerana cerita ini sering dikaitkan dengan sistem kepercayaan setempat. Namun, legenda bersifat lebih profan berbanding mitos. Legenda yang popular ialah legenda keramat seperti �Keramat Lebai Kader�, �Kerama Kubur Panjang�, dan �Mahsuri�. Legenda tokoh diperlihatkan melalui cerita �Mat Salleh�, �Tok Janggut�, �Puteri Saadong�, dan legenda pendosa seperti �Si Tanggang� dan �Malim Kundang�.
macro-economic modelmodel ekonomi makroPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu model pertumbuhan ekonomi yang berorientasikan penawaran. la cuba menjelaskan output wilayah dalam bentuk faktor-faktor wilayah tertentu dan setiap satunya boleh dianalisis secara berasingan.

Kembali ke atas