merchant bank | bank saudagar | Ekonomi | Tiada | Bank yang fungsi utamanya mengendalikan pembiayaan urus niaga antara saudagar atau syarikat, terutamanya urus niaga antarabangsa. Kegiatan utamanya adalah menerima dan menjelaskan bil-bil pertukaran. Bank saudagar tidak menerima deposit akaun semasa daripada orang ramai. |
bank | bank | Ekonomi | Tiada | Institusi kewangan yang menjalankan urus niaga seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti, dan menjalankan dasar kewangan kerajaan. Bank dikelaskan mengikut fungsi utamanya seperti bank pusat, bank perdagangan, bank saudagar, dan bank simpanan. |
panoramic method | kaedah panorama | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah bercerita yang memaparkan suasana sesuatu tempat atau peristiwa secara ringkas dan umum.Pengarang biasanya menggunakan kaedah ini dari perspektif yang luas. Kaedah bercerita tidak memerlukan perincian yang teliti tentang sesuatu hal yang diceritakan itu. Kaedah ini membolehkan pengarang berubah dari satu latar atau peristiwa lain secara cepat. Biasanya, pengarang yang menggunakan kaedah ini akan menulis karya berasaskan sudut pandangan serba tahu. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas banyak menggunakan kaedah panorama. Latar kampung atau suasana kehidupan bandar dalam novel tersebut hanya diberikan gambaran secara umum dan luas. Lihat juga sudut pandangan serba tahu. |
chandelier | candelier | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lampu hiasan yang tergantung di siling, yang terdiri daripada lampu yang berangkai. Candelier terawal menggunakan lilin dan diletakkan di ruang persidangan pada zaman pertengahan. Candelier ini diperbuat daripada kayu bersilang dan berpancang bagi melekatkan lilin dan digantung menggunakan tali atau rantai. Pada abad ke-15, bentuk candelier yang lebih kompleks telah digunakan di istana, rumah orang bangsawan, rumah paderi dan rumah saudagar. |