Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sau.da.ra] | ساودارا

Definisi : 1. orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat (sekutu, segolongan, dll): ~ sekampung; 4. kawan, sahabat, teman: ~ sepermainan; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yg digunakan ter-utamanya pd lelaki: ~, boleh saya tumpang bertanya? 6. tembuni, uri (yg keluar meng-iringi bayi yg lahir); 7. ki sesuatu yg hampir sama (keadaan, sifat, dll): menipu itu ~ mencuri; ~ angkat orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang atau yg diakui sbg saudara sendiri; ~ anjing saudara seibu tetapi berlainan bapa; ~ baru (panggilan yg ditujukan kpd) orang yg baru memeluk agama Islam; ~ bau bacang (embacang) saudara yg telah jauh pertaliannya; ~ belahan saudara yg sama nenek moyangnya; ~ daging semua kaum keluarga jauh dan dekat; ~ dekat = ~ rapat saudara yg masih dekat; ~ dua pupu saudara yg datuk atau neneknya adik-beradik; ~ jauh = ~ renggang saudara yg telah jauh; ~ kandung (sekandung) saudara sendiri, saudara seibu sebapa; ~ kembar adik-beradik yg dilahirkan sbg anak kembar; ~-mara semua kaum keluarga (jauh dan dekat); ~ pungut saudara angkat; ~ pupu saudara yg masih dekat; ~ sejalan sejadi saudara yg sama ibu bapanya, saudara kandung; ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang (berusaha, berjerih payah) utk sesuatu; ~ sepupu saudara yg datuk atau neneknya sama; ~ susu = ~ susuan = ~ setetek saudara yg bukan saudara sendiri tetapi menyusu pd perempuan yg sama; ~ tiri a) anak ibu atau bapa tiri; b) Id saudara drpd bapa (ibu) yg sama tetapi ibu (bapa) yg berlainan; bersaudara 1. mempunyai saudara: aku tidak ~ dan tidak berkeluarga; 2. adik-beradik: maka datang pula raja beruk empat ~; 3. ki mempunyai sifat (keadaan dll) yg hampir serupa: bakteria ialah sejenis tumbuhan yg ~ rapat dgn kulat; badan ~, emas takkan ~, kasih saudara sama ada prb bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dgn mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda; saudara-bersaudara sl sesama saudara, adik-beradik: apa kerja kita berkelahi ~? bersaudarakan mempunyai (seseorang) sbg saudara: dia lebih rela ~ orang miskin drpd saudara-saudaranya yg hidup mewah dan angkuh itu; mempersaudarakan menjadikan (spt) ber-saudara: anakanda ini ayahanda persaudara-kan dgn anak ayahanda sekalian ini; persaudaraan perihal bersaudara, perhu-bungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau.da.ra] | ساودارا

Definisi : 1 orang yg sama ibu bapanya (atau ibu atau bapanya saja yg sama); adik-beradik: ~ku sembilan orang. 2 orang yg ada pertalian darah; keluar­ga: Dia ~ sepupu saya. 3 orang yg se­golongan (spt sedarjat, sekampung, seagama); teman; sahabat: Apa khabar ~-~ kita di kampung? ~ anjing saudara (adik-beradik) seibu tetapi berlainan bapa. ~ kandung adik-beradik seibu sebapa. ~-mara (daging) semua kaum keluarga yg jauh dan yg dekat. ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang atau berusaha utk sesuatu tujuan. ~ susu orang yg bukan sau­dara kandung tetapi menyusu pd pe­rempuan yg sama. ~ tiri anak kpd ibu tiri atau kpd bapa tiri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu. bersaudara 1 ada sau­daranya (adik-beradiknya, kaum keluarganya): Aku tidak ~ lagi. 2 adik-beradik: anak raja empat ~. 3 berhubungan sbg saudara: Semua orang Islam ~. persaudaraan perhubungan kerana bersaudara; per­hubungan sbg saudara; perhubungan yg rapat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudara

Puisi
 

Dapat seekor ikan tenggalan,
     Lalu ditaruh di atas peti;
Saudara-mara dapat berkenalan,
     Bertambah mesra kasih di hati.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang,
     saudara yang rapat menjadi renggang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
civil warperang saudaraSains PolitikPolitik PerbandinganKonflik yang tercetus antara kelompok, etnik, puak atau golongan tertentu di kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Peperangan ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor ketidakpuasan hati atau penindasan satu pihak terhadap pihak yang lain, ketidakseimbangan pembahagian kekuasaan politik, ekonomi atau kewujudan jurang sosial yang melampau antara kelompok. Perang saudara kebiasaannya berlanjutan dalam tempoh yang panjang. Konflik seperti ini boleh berakhir melalui rundingan yang dipelopori oleh pihak ketiga dari luar atau melalui desakan kuasa-kuasa berkepentingan terhadap pihak yang terlibat setelah pihak yang berkonflik gagal mencari jalan penyelesaian. Contohnya, Perang Balkan yang terjadi antara pihak Serb, Croatia dan Bosnia di negara bekas kesatuan Yugoslavia pada tahun l992.
siblingsaudara kandungSosiologi KeluargaTiada-
full sibsaudara sekandungPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan jantan atau betina yang terhasil daripada ibu bapa yang sama.
half-sibsaudara tiriPenternakanGenetik dan Pembiakbakaanhalf-sib;
kinship motivatorpenggerak pertalian keluargaPelanconganTiadaPendorong yang menggalakkan seseorang supaya saling mengunjungi saudara-mara dan mengenali antara satu sama lain untuk mengeratkan tali persaudaraan.
slave narrativenaratif hambaKesusasteraanTiadaNaratif yang mengisahkan riwayat hidup yang ditulis oleh seorang hamba abdi yang telah dimerdekakan. Riwayat yang ditulis adalah mengenai kisah dan pengalamannya sebagai seorang hamba. Naratif hamba diibaratkan sebagai suatu jenis karya autobiografi yang bertemakan pemansuhan pengabdiaan yang muncul sebelum Perang Saudara Amerika Syarikat. Contoh naratif hamba: Narrative of hte Life of Frederick Douglas.
cinquainpancabarisKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi lima baris dalam sesuatu rangkap. Contohnya, pada puisi "Sebuah Bas Berwarna Biru" dalam Kembara Ma!am karya LatiffMohidin. Puisi ini terdiri daripada empat rangkap, jumlah baris setiap rangkapnya sama seperti di bawah. Sebuah bas berwarna biru tanpa nombor dan pemandu merangkap antara kenderaan-kenderaan penuh darah kalau ia berhenti di depanku kan kubeli sebuah tiket berwarna biru tanpa humor dan lagu saudara waktunya telah tiba untuk aku melangkah kaki tiket yang kubeli terasa panas di tangan bas berwarna biru telah membuka pintu waktunya telah tiba untuk aku mengenal derita
disintegrationperpecahanSains PolitikPolitik PerbandinganSituasi atau keadaan berpecah belah yang wujud dalam sesebuah masyarakat atau negara akibat daripada perbezaan pendapat, kepuakan, tuntutan autonomi pentadbiran dan persaingan politik. Perpecahan ini biasanya wujud dalam masyarakat yang bersifat majmuk. Situasi ini biasanya mengakibatkan masyarakat atau negara berkonflik sesama sendiri. Konflik ini boleh bersifat permusuhan, pemisahan kawasan, pergaduhan kecil atau peperangan terbuka. Perpecahan boleh menyebabkan struktur negara tersebut berubah daripada sifat asalnya kepada penubuhan negara baru manakala perpecahan masyarakat pula akan menggugat kesepaduan sesama anggota. Contohnya, perang saudara yang berlaku di negara bekas Yugoslavia pada dekad l990-an telah menyebabkan perpecahan di negara tersebut.
Oedipus complexkompleks OedipusKesusasteraanTiadaNafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Electra dalam drama Oedipus yang menceritakan bagaimana Electra menghasut saudara lelakinya untuk membunuh ibu mereka sendiri sebagai balasan dendam atas pembunuhan bapa mereka. Pengaruh kedua-dua kompleks ini masih ditemui dalam sastera moden Barat seperti dalam karya Eugene O� Neill dan Tennessee Williams.

Kembali ke atas