Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.wan] | ساون

Definisi : sj penyakit yg datang dgn tiba-tiba (menyebabkan anggota menjadi kaku, kejang, berbuih mulut, dll); ~ babi gila babi, ayan, epilepsi; ~ bangkai (terjun) pengsan dgn tiba-tiba kerana darah masuk ke otak, apopleksi; ~ inja = ~ lenja sawan dgn mulut berbuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wan] | ساون

Definisi : penyakit kaku anggota (berbuih mulut dll) yg datang dgn tiba-tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sawan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tardive seizuresawan tardifPerubatanPsikiatriSawan berterusan yang berlaku serta-merta selepas rawatan elektrokonvulsif.
eclampsiaeklampsiaHerbaFitoterapiSerangan sawan dan komplikasinya ketika kehamilan, bersalin atau semasa pantang yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi yang teruk.
temporal lobe syndromesindrom lobus temporalPerubatanPsikiatriSindrom yang terdiri daripada gangguan psikosis, sawan, perwatakan dan ciri-ciri Kluver-Bucy, seperti tingkah laku seksual yang berlebihan, ketenangan dan kecenderungan untuk meninjau persekitaran dengan mulut.
epilepsyepilepsiHerbaFitoterapiGangguan pada sistem saraf pusat yang menyebabkan aktiviti otak tidak normal. Epilepsi dicirikan oleh sawan atau/dan perubahan tingkah laku.
alcohol dependencekebergantungan alkoholPerubatanPsikiatriPengambilan alkohol secara berterusan oleh individu sehingga pemberhentiannya akan menyebabkan gejala mental dan fizikal, seperti terketar-ketar, hipertensi, sawan dan halusinasi visual. Keadaan ini juga boleh menyebabkan masalah sosial dan kekeluargaan.

Kembali ke atas