Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.wat] | ساوت

Definisi : tali atau selendang yg diselepangkan ke bahu (utk menggantungkan keris, pedang, dll); ~ sandang tali kulit (sabuk) tempat menggantungkan keris (pedang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wat] | ساوت

Definisi : pesawat (dlm kata majmuk): tenaga ~; kerja ~; pesawat 1. alat perkakas, jentera, mesin: banyak ~ moden digunakan utk membuat kerja itu; ilmu ~ ilmu mengenai alat jentera (mesin); 2. alat (tali, rantai, bahagian jentera, dsb) yg menggerakkan jentera dsb: jarum alat ini digerakkan oleh ~ tertentu; tali ~ tali utk menggerakkan jentera atau roda; 3. = ~ terbang = ~ udara kapal terbang: ~ PIA; ~ asap (wap) mesin yg dijalankan dgn tenaga wap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk berlatih dsb); ~ jet kapal terbang jet (digerak-kan dgn semburan gas yg terbakar, tidak dgn kipas); ~ peluncur sj kapal terbang yg tidak bermotor (berjentera); ~ pengebom (pem-buang bom, pelempar bom) Id kapal terbang yg digunakan utk menggugurkan bom; ~ pemburu kapal terbang yg dapat bergerak deras (digunakan utk mengejar kapal terbang musuh dll); ~ penempur kapal terbang utk bertempur; ~ pengintai kapal terbang utk mengintai di sesuatu kawasan dll; ~ radio radio (alat) utk menerima siaran radio; ~ telefon alat utk berhubung dgn telefon; berpesawat memakai pesawat (alat, mesin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wat] | ساوت

Definisi : Kl alat kelamin binatang (kuda, lembu, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wat] | ساوت

Definisi : 1 tali dll yg diselendangkan atau yg dibelitkan: ~ sandang tali tem­pat menggantungkan pedang atau keris. 2 kep pesawat (digunakan dlm gabungan kata): tenaga ~ tenaga yg dihasilkan oleh jentera (mesin dsb). pesawat 1 segala jenis alat yg digunakan utk mendapatkan tenaga; mesin; jentera: Air tidak dpt dipam naik kerana ~nya rosak. 2 alat (bahagian dlm jentera dsb) yg menggerakkan atau yg menjalankan jentera. ~ asap (wap) jentera yg dijalankan dgn tenaga wap. ~ radio alat utk menerima siaran radio. ~ telefon alat utk berhubung dgn seseorang melalui telefon. ~ terbang (udara) kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sawat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
creep of beltrayapan tali sawatMekanikGunaanPemanjangan atau pengecutan kenyal yang dialami oleh tali sawat apabila tali sawat itu bergerak dari laluan lurus ke permukaan kapi, dalam analisis biasa, rayapan ini diabaikan kerana magnitudnya kecil.
slipgelinciranMekanikGunaan(bagi tali sawat) Putaran ke hadapan yang berlaku pada kapi pemacu tanpa menyebabkan gerakan tali sawat, ataupun gerakan ke hadapan tali sawat tanpa menyebabkan gerakan yang berpadanan pada kapi pengikut. gelinciran disebabkan oleh kelonggaran cengkeman geseran di antara tali sawat dengan kapi berkenaan. Apabila gelinciran tali sawat berlaku, nisbah halaju sistem pemacuan menurun. Gelinciran biasanya dinyatakan dalam bentuk peratusan. Sinonim gelinciran sabuk. Lihat juga nisbah halaju.
cross belt drivepemacuan tali sawat silangMekanikGunaanPemacuan tali sawat apabila bahagian bebas tali sawat (iaitu bahagian yang tidak melimpap pada kapi) mulai menyentuh kapi pemacu dan kapi pengikut di sebelah yang berlainan nisbi terhadap garis yang menghubungkan pusat kapi-kapi berkenaan [Rajah P4]. Dalam pemacuan silang, kedua-dua kapi tersebut berputar pada hala yang berlawanan. Lihat juga pemacuan tali sawat terbuka. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 142 RAJAH P4
private branch exchangeibu sawat swacawanganKejuruteraanTiadaIbu sawat telefon automatik atau insani di tempat pelanggan sendiri yang digunakan sebagai sambungan dalam, dengan sambungan melalui ibu sawat tempatan ke sistem telefon awam.
primary centrepusat utamaKejuruteraanTiadaIbu sawat yang mengantaramukakan beberapa ibu sawat tempatan kepada rangkaian utama, dalam sistem telefon. Sinonim: ibu sawat sesalur utama pusat tol.
belt drivepemacuan tali sawatMekanikGunaanPemindahan tenaga atau gerakan sudut dengan menggunakan tali sawat yang dililit di sekeliling kapi pemacu dan kapi pengikut. Pemacuan berlaku berasaskan geseran di antara tali sawat dengan kapi.
belt frictiongeseran tali sawatMekanikGunaanGeseran di antara anggota boleh lentur (seperti tali dan tali sawat) dengan jasad tegar sokong (seperti gelendong dan kapi) yang dililit oleh anggota boleh lentur itu [Rajah G9]. Geseran tali sawat menyebabkan berlakunya perbezaan tegangan pada dua bahagian anggota boleh lentur yang dipisahkan oleh bahagiannya yang menyentuh sokong yang berkenaan.
centrifugal tensiontegangan empatMekanikGunaanTegangan pada tali sawat yang disebabkan oleh tindakan daya empar. Nilainya ialah mv2, dengan m sebagai jisim seunit panjang bagi tali sawat itu dan v sebagai lajunya. Tegangan empar merupakan sampingan bagi tegangan yang disebabkan oleh pemindahan tenaga. Tegangan ini meninggikan nilai tegangan tali sawat di kedua-dua bahagian yang ketat dan yang kendur. Tegangan empar diabaikan dalam analisis tali sawat yang bergerak perlahan tetapi diambil kira dalam kes tali sawat Yang bergerak laju.
pulleytakalKejuruteraanTiadaRoda yang mempunyai rim yang rata, bulat atau beralur, yang berputar pada aci sambil menyokong tali sawat rata, tali sawat V, tali atau rantai, untuk menghantar gerakan dan tenaga.
open belt drivepemacuan tali sawat terbukaMekanikGunaanPemacuan tali sawat yang mempunyai bahagian bebas, (iaitu bahagian yang tidak melimpap pada kapi) yang menyentuh kapi pemacu dan kapi pengikut di sebelah yang sama nisbi terhadap garis yang menghubungkan pusat kapi-kapi itu [Rajah P5]. Dalam pemacuan terbuka, kedua-dua kapi berkenaan berputar pada hala yang sama. Lihat juga pemacuan tali sawat silang. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 142 RAJAH P5
12345678910...

Kembali ke atas