Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi selenium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. satu, esa, tunggal; 2. awalan yg bermaksud satu: ~buah, ~hari, ~kali, ~belas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. awalan yg bermaksud sama (serupa): ~-begitu; ~kuat; ~pandai; ~tinggi; 2. awalan yg bermaksud seluruh (segenap): ~lama; ~panjang; ~kitar; 3. awalan yg bermaksud sedari (dari): ~mula; 4. awalan yg bermaksud lepas, sudah, telah: ~habis; ~sudah; 5. awalan yg bermaksud hingga (sampai): ~cukup; ~hingga; ~lanjut; ~takat; 6. awalan yg bermaksud dengan: ~benarnya; ~ patutnya; ~sungguhnya; ~wajarnya; 7. awalan yg ber-maksud berapa mungkin: ~boleh-bolehnya; ~dapat-dapatnya; 8. awalan yg bermaksud kian (bertambah): ~makin; 9. awalan yg bermaksud kalau (bila): ~andainya; ~kira-nya; 10. awalan yg bermaksud yang: ~lain; ~nya adapun: ~nya baik dan jahat itu drpd engkau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata se


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
SESEKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLabel minyak pelincir yang memenuhi keperluan untuk digunakan dalam enjin kenderaan gasolin dalam tahun 1972 dan dalam beberapa enjin kenderaan penumpang dan trak dalam tahun 1971.
decasyllabic versesajak dasasukuKesusasteraanPuisiPuisi yang mempunyai sepuluh suku kata dalam setiap baris. Contohnya, pada pantun di bawah. Da/ri Se/ku/kah mu/dik ke te/luk, Den/gan pe/ra/hu mu/at ber/du/a; Bi/a/sa bu/luh di/ke/rit bu/buk, Se/ka/rang ka/yu pu/la di/du/ga.
secondary worlddunia sekunderKesusasteraanTiadaDunia yang dicipta oleh se pencerita dalam karyanya. Dunia sekunder mempunyai hukum logik dan kewajaran tersendiri yang membentuk sistem kepercayaan dunia tersebut. Kini, definisi dunia sekunder membawa makna yang lebih sempit. Hal ini demikian kerana dunia ini sering digunakan untuk merujuk kepada suasana yang dicipta oleh penulis cerita fantasi dan hikayat penglipur lara. Contohnya dalam karya berjudul The Lord of the Rings karya J.R.R. Tolkien.
redevelopmentpembangunan semulaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaAktiviti membangunkan semula keseluruhan atau se- bahagian besar kawasan usang yang telah dirobohkan.
camshaft bearinggalas aci sesondolKejuruteraan AutomotifEnjinGalas yang dipasang dan digunakan untuk menyokong aci se- sondol. Bilangannya bergantung kepada beban yang diperlukan oleh daya buka-tutup injap. Daya ini terhasil daripada gabungan daya pegas yang dipasang pada setiap injap.
SeleniumSeleniumTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSejenis unsur kimia bukan logam dengan nombor atom 34 dan diukur dalam unit Se. Selenium banyak digunakan dalam industri sebagai semikonduktor atau fotosel dan mempunyai 7 isotop yang stabil. Selenium boleh hadir sebagai toksik jika berada dalam kuantiti yang banyak. Selenium-75 merupakan radioisotop Selenium yang sering digunakan dalam radiografi industri sebagai punca sinaran.
float bowlmangkuk apungKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian dalam badan karburetor utama yang dilengkapi pelam- pung yang mengawal injap jarum. Mangkuk ini berfungsi se bagai takungan bahan api dan menjadi tempat perkadaran bahan Tapi untuk dicampurkan dengan udara yang melalui karburetor.
decasyllabicdasasukuKesusasteraanPuisiPerkataan dalam setiap baris pada sesebuah puisi itu mengandungi sepuluh suku kata. Contohnya, pada baris pantun di bawah. Le/bah ter/be/bar ter/bang se/ka/wan, 12345678910 Hing/gap di/ce/lah ka/yu ber/du/ri; 12345678910 A/lang/kah ca/bar ru/pa/nya tu/an, 12345678910 Da/ga/ngan in/dah ti/dak ter/be/li. 12345678910
service ratingkadaran servisKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLabel yang menunjukkan jenis servis atau pengelasan minyak pelincir enjin yang paling sesuai digunakan dalam sesuatu enjin kenderaan, contohnya SA,SB,SC,SD,SE,SF dan sebagainya.
hendecasyllabicsebelas sukuKesusasteraanPuisiBaris puisi dalam sesuatu rangkap yang mempunyai sebelas, suku kata. Jumlah ini mungkin berasal daripada dua, tiga, empat atau lima perkataan diksi. Contohnya, pada baris ini: Ke/mu/mu ti/dak ke/la/di pun ti/dak Ke/lo/pak se/per/ti ran/ting ke/ta/pang
12

Kembali ke atas