Pan-American | Seantero Amerika | Sejarah | Tiada | Tiada |
Organization of American States (OAS); | Pertubuhan Negara-Negara Amerika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1948 di Bogota, Colombia melalui perjanjian bersama oleh Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Costa Rica, Cuba, Republik Dominican, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Haiti, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Amerika Syarikat, Uruguay dan Venezuela. Selepas itu, terdapat 17 negara lagi yang menyertai pertubuhan ini. Pertubuhan ini juga merupakan agensi serantau yang bekerjasama dengan PBB untuk memajukan usaha keamanan, keadilan dan perpaduan negara anggota bagi meningkatkan kemajuan ekonomi serta mempertahankan kedaulatan dan integriti kewilayahan negara anggota. Badan sekretariat organisasi tersebut ialah Kesatuan Seantero Amerika yang terletak di Washington. Pertubuhan ini telah berulang-kali menentang sebarang campur tangan unilateral dalam hal ehwal negara anggotanya. Walau bagaimanapun, pertubuhan ini telah meluluskan campur tangan Amerika Syarikat di Republik Dominican semasa perang saudara di negara tersebut pada tahun 1965, tetapi tidak me |