Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagai nya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
soft landscapingpelandskapan lembutLandskapTiadaKerja menanam pokok, bu nga, rumput dan sebagai nya pada kawasan landskap.
maltosemaltosaKimiaBiokimiaDisakarida yang terdapat di dalam sesetengah bijian yang sedang bercambah seperti barli dan sebagainya, dan dihasilkan daripada tindak balas enzim amilase ke atas kanji dan glikogen. Bentuk a-nya menghablur sebagai monohidrat dalam bentuk jejarum tanpa warna dan mempunyai takat lebur 102-103oC. Disakarida ini larut di dalam air dan alkohol tetapi tidak larut di dalam eter, boleh terbakar, tidak toksik, dan digunakan dalam pembuatan makanan dan minuman sebagai pemanis, sebagai medium kultur dan sebagai penstabil polisulfida.
compound interest diseasepenyakit bunga majmukBiologiPatologiPenyakit yang berpunca daripada sumber inokulum yang meningkat dari semasa ke semasa dalam suatu musim. Oleh itu patogennya mempunyai beberapa keturunan dalam satu musim tanam. Pada penyakit ini, kadar pertumbuhan (r)nya dinyatakan sebagai: r = Log ( X/(1-X) ) X ialah proporsi bahagian tumbuhan atau individu yang sakit berbanding dengan yang sihat. bd. penyakit bunga ringkas.
simple interest diseasepenyakit bunga ringkasBiologiPatologiPenyakit yang berpunca daripada sumber dan bilangan inokulum yang sama sepanjang masa dalam suatu musim tanam dan biasanya hanya mempunyai satu keturunan sahaja, contohnya ialah penyakit bawaan tanah. Pada penyakit ini, kadar pertumbuhan (r)nya dinyatakan sebagai: r = Log ( X/(1-X) ) X ialah proporsi bahagian tumbuhan atau individu yang sakit berbanding dengan yang sihat. bd. penyakit bunga majmuk.
cereal foodmakanan bijirinGeografiTiadaBijirin yang digunakan sebagai makanan asas manusia di sebuah kawasan seperti gandum, barli dsb.nya.
exopterygotaeksopterogotaBiologiEntomologiSerangga yang tidak mempunyai peringkat pupa dan metamorfosis-nya melibatkan perubahan yang amat sedikit pada setiap instar. Serangga muda yang dikenal sebagai ninfa biasanya serupa dengan serangga dewasa, tetapi lebih kecil dan mempunyai tunas sayap luaran pada peringkat awal. Serangga dalam kumpulan ini termasuklah lipas, lelawi, dan semua jenis kepinding dan kutu, serta serangga, seperti sesibur dan maifil.
gagayangagayanMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Badan alat muzik ini berbentuk segi empat tepat, berleher panjang dan berfret. Gagayan mempunyai dua tali yang dipetik dengan jari dan dimainkan oleh golongan lelaki suku kaum Lotud dari Tuaran secara solo atau berduet. Sekiranya dua gagayan dimainkan serentak, muziknya dikenali sebagai batangkung.

tongkungontongkungonMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter yang berbentuk tiub. Tongkungon diperbuat daripada buluh jenis poring yang panjangnya hampir satu meter. Talinya dipotong daripada permukaan atau korteks buluh dan ditiunkan dengan kekuda yang terletak di bawah setiap tali tersebut. Alat muzik ini dipegang secara menegak dan tali­nya dipetik dengan jari. Tongkungon menghasilkan melodi untuk mengiringi tarian atau mengisi masa lapang selepas bekerja. Jumlah tali dan sistem tiunan alat muzik ini sama dengan gong dalam ensembel gong besar dalam kalangan masyarakat tersebut. Alat muzik yang terdapat di Sabah ini dimainkan oleh masyarakat Dusun dalam muzik rakyat. Tongkungon juga dikenali sebagai kulintangan oleh suku kaum Timugon Murut dari Tenom. Alat muzik ziter seperti takobung

hadrahhadrahMuzikTiada

 Tarian dan muzik yang berkaitan dengan nyanyian zikir. Nyanyian ini berbentuk puisi yang memuji Nabi Muhammad SAW. Persembahan biasanya melibatkan nyanyian 8-12 fasal daripada Kitab Zikir. Gaya nyanyian secara bersahut-sahutan antara dua kumpulan korus. Di Perlis, ensembel ini dikenali sebagai hadrah, sementara di Terengganu, dikenali sebagai rodat. Ensembel hadrah terdiri daripada beberapa buah rebana yang dikenali sebagai gendang hadrah. Ensembel rodat pula terdiri daripada tar rodat, iaitu rebana kercing. Ensembel ini dimainkan dalam majlis keramaian. Sinonim rodat.

saw-usaw-uMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan sebagai kordofon yang digesek. Saw-u mempunyai badan berbentuk hati yang diperbuat daripada tempurang kelapa. Alat muzik ini mempunyai sebatang leher yang panjang melalui badannya. Penggesek dimasukkan antara dua tali. Picnya lebih rendah daripada alat muzik saw-duang.

12

Kembali ke atas