Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.gai.ma.na] | سباݢايمان

Definisi : seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.gai.ma.na] | سباݢايمان

Definisi : seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagaimana

Peribahasa

Buntar dikeping,
     suarang diagih.

Bermaksud :

Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Suarang diagih, sekutu dibelah). buntar = bulat; suarang = harta milik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
as is where issebagaimana sedia adaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
as is where issebagaimana sedia adaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
perspectiveperspektifKesusasteraanTiadaTeknik menggambarkan hubungan ruang sebagaimana yang dilihat untuk memberi ilusi dalaman pada permukaan dua dimensi.
identification testujian pengecamanHerbaTiadaProsedur pengenalpastian bahan herba sebagaimana yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba. Ujian ini adalah sebahagian daripada ujian kawalan kualiti yang lazim dilakukan ke atas bahan mentah dan sediaan herba. Bahan herba diperiksa secara visual berdasarkan ciri botani, organoleptik dan mikroskopi. Identiti bahan herba juga boleh dicam berdasarkan kehadiran sebatian penanda dan profil cap jari herba tersebut melalui analisis kromatografi dan spektroskopi. Ketepatan pengecaman dicapai melalui perbandingan bahan herba dengan bahan rujukan piawai. Sinonim ujian identifikasi.
action areakawasan tindakanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSesuatu kawasan sebagaimana dinyatakan dalam pelan pembangunan atau telah diisytiharkan mengikut peruntukan akta.
blindbidaiKesenianHiasan DalamanSejenis penutup ruang bukaan seperti tingkap dan koridor. Sebagaimana langsir, bidai berfungsi untuk mengawal cahaya, suhu, bunyi dan penglihatan dalam sesuatu ruang. Bidai diperbuat daripada kepingan kayu, buluh, plastik, fabrik atau logam. Bidai berfungsi secara menegak atau melintang dengan menggerakkannya secara manual dan automatik. Bidai melintang diperbuat daripada kepingan bahan yang lebih kecil, yang disusun secara melintang berbanding bidai menegak yang menggunakan kepingan bahan yang lebih lebar, yang disusun secara menegak.
earthquake insuranceinsurans gempa bumiinsuransTiadaInsurans yang melindungi kerugian akibat gempa bumi sebagaimana yang ditakrifkan dalam kontrak.
livestock insuranceinsurans ternakaninsuransTiadaKontrak insurans yang membayar ganti rugi sekali gus sebagaimana tercatat dalam polisi kepada insured di atas kematian ternakan yang dilindungi oleh polisi tersebut akibat perli yang dinyatakan.
single premiumpremium tunggalinsuransTiadaPremium yang bersamaan nilai kini tuntutan masa hadapan sebagaimana yang ditetapkan dalam polisi.
realpolitikrealpolitikSains PolitikTiadaIstilah Jerman yang bermaksud politik yang nyata atau sebenar. Istilah ini merujuk kepada fahaman realis yang menganggap politik sebagaimana yang ternyata, bukan seperti yang diharapkan oleh fahaman idealis. Istilah ini biasanya digunakan dalam hal yang berkaitan dengan dasar luar.
123

Kembali ke atas