Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.ha.gian] | سبهاݢين

Definisi : setengah, segolongan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebahagian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
frontingpendepananinsuransTiadaKeadaan syarikat mengesid akan membendung sebahagian kecil daripada sesuatu risiko dan menginsuranskan sebahagian besar daripada risiko tersebut dengan satu atau beberapa reinsurer.
mixed economyekonomi campuranEkonomiTiadaSistem ekonomi yang sebahagian peruntukan sumbernya dikawal oleh sektor swasta, dan sebahagian lagi oleh sektor awam. Ini bererti sistem ini menggabungkan unsur-unsur sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosiolis. Sinonim sistem campuran, sistem ekonomi campuran.
emerged planttumbuhan timbulPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan air yang sebahagian daripada batang dan akarnya berada di dalam air dan sebahagian besar tumbuhannya berada di luar air. Contoh tumbuhan timbul ialah pegaga, teratai, Anubias sp., Cryptocoryne sp. dan Echinodorus sp.
F-head engineenjin kepala-FKejuruteraan AutomotifEnjinJenis enjin yang mempunyai sebahagian injap di bahagian kepala silinder dan sebahagian lagi di blok silinder yang menghasilkan konfigurasi berbentuk F.
F-head engineenjin kepala FKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBinaan enjin dengan sebahagian injapnya terletak di dalam kepala silinder dan sebahagian lagi di dalam blok silinder, yang menyebabkan enjin kelihatan seperti huruf F.
prologueprologKesusasteraanTiadaBahagian pembukaan atau permulaan sesebuah karya. Prolog merupakan sejenis pengantar yang menjadi sebahagian daripada sesebuah karya tetapi bukan pengenalan. Prolog adalah sebahagian daripada karya sastera tersebut. Prolog sering digunakan dalam drama pada abad ke-17 dan 18 Masihi dan biasanya berbentuk puisi, namun prolog juga ditemui dalam novel. Contoh prolog yang terkenal ialah General Prologue to the Canterbury Tales oleh Chaucer. Contoh Indonesia ditemui dalam karya Ken Arak dan Ken Dedes oleh M. Yamin. Prolog berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �sebelum ucapan�.
photic zonezon fotikSains MarinTiadaBahagian atau zon paling atas lautan. Zon yang menerima penembusan cahaya matahari yang tinggi dan sebahagian besar proses fotosintesis berlaku di bahagian ini. Zon fotik juga merupakan kediaman bagi sebahagian besar hidupan laut (> 90%). Terdapat pelbagai ekosistem di zon ini seperti ekosistem rumput laut, ekosistem terumbu karang dan sebagainya.
zajalzajalKesusasteraanTiadaPuisi lisan tradisional yang disampaikan dalam dialek tempatan. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol). Sebahagian puisi z?j?l dicipta secara improvisasi dan sebahagiannya dipersembahkan dalam bentuk perbahasan. Biasanya, persembahan dilakukan oleh sekumpulan penyanyi lelaki yang mendendangkan sebahagian daripada puisi tersebut, diiringi alat muzik seperti gendang dan serunai. Kemunculan puisi ini berpunca daripada perkembangan puisi muwashshahah di Andalaus. Puisi z?j?l dan muwashshahah mempunyai ciri persamaan yang ketara terutamanya dari segi penggunaan dialek tempatan dan strukturnya. Seterusnya, muncul pada z?j?l yang menggunakan bahasa Arab standard hasil penglibatan penyair Arab jati yang mendiami Andalus. Kemunculan z?j?l bukan sahaja memperkaya perbendaharaan seni sastera Arab, tetapi juga menonjolkan seni berasaskan dominsi etnik Barbar. Pelopor puisi ini ialah Abu Bakr Ibn Quzman yang berketurunan Barbar. Selain Ibn Quzman, terdapat beberapa orang penyair yang terlibat secara langsung dalam penciptaan puisi z?j?l, contohnya Isa al-Baladi, Abu Umar bin al-Zahir al-Ishbili, dan Abu Hasan al-Maqqari al-Dani. Zajal dalam bahasa arab bermaksud �dengungan jin pada waktu malam�. Lihat juga al-muwashshahah.
greenhouse effectkesan rumah hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauFenomena pemanasan di permukaan dan bahagian rendah atmosfera planet (troposfera) disebabkan oleh penukaran sinaran suria kepada haba. Sebahagian daripada sinaran matahari memantul semula ke atas dari permukaan bumi dalam bentuk inframerah gelombang pendek. Sebahagian gelombang ini diperangkap oleh gas-gas rumah hijau dan dipancarkan semula ke permukaan bumi dalam pelbagai arah, lalu menyebabkan peningkatan suhu.
partial denturedentur sebahagianPergigianTiada-
12345678910...

Kembali ke atas