Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bai/] | سباءيق

Definisi : 1. serupa baik dgn, sama baik dgn: penselmu tidak ~ pensel saya; 2. = sebaik-baik demi, serta, baru saja: pencuri itu kena tangkap ~ saja ia memasuki rumah orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.bai/] | سباءيق

Definisi : 1 sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2 pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebaik

Puisi
 

Dari Bau jalan ke Miri,
     Sambil menumpang kereta api;
Mana saya tahu main tak jadi,
     Sebaik hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lagi teduh lagi berkajang.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
juntajuntaSains PolitikPolitik PerbandinganMajlis atau jawatankuasa yang dibentuk sebaik sahaja suatu rampasan kuasa atau revolusi berlaku. Majlis ini dibentuk bagi menguruskan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan negara. Kini, penggunaan istilah junta lebih merujuk kepada badan pemerintahan negara yang diambil alih oleh kuasa tentera. Jawatankuasa ini dilantik khas oleh pemimpin yang berkuasa pada masa itu seperti jeneral atau kolonel tanpa melalui badan perundangan. Corak pemerintahan lebih cenderung kepada kepentingan pemerintahnya tanpa wujud pemisahan kuasa dan pengawasan oleh agensi pemerintahan yang lain. Contohnya, pemerintahan negara Myanmar sejak tentera mengambil alih kuasa.
immediate vestingletak hak serta-mertainsuransTiadaHak pekerja terhadap faedah pelan pencen bermula sebaik sahaja ia menganggotai pelan berkenaan.
real-time analysisanalisis masa sebenarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauAnalisis terhadap data sebaik sahaja data tersebut diperoleh. Pengguna akan mendapat gambaran yang pantas dan/atau mampu membuat kesimpulan secara serta-merta terhadap sesuatu situasi. Contohnya, bacaan indeks pencemaran udara yang dipaparkan serta-merta dalam aplikasi mudah alih.
divergencecapahanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSifat alur gelombang yang menyerak pada suatu sudut, yang berlaku sebaik gelombang keluar dari prob. Sudut capahan tersebut boleh dikira menggunakan formula seperti yang berikut: γ = sin-1(kλ/D), Dengan γ ialah sudut capahan, k ialah pemalar, λ ialah panjang gelombang, dan D ialah diameter prob. Sudut ini diperlukan untuk memilih kesesuaian prob yang akan digunakan untuk pengujian ultrasonik.
spermatozoa fertilizing capacitykeupayaan pensenyawaan spermatozoaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKebolehan spermatozoa untuk mensenyawakan ovum. Keupayaan pensenyawaan spermatozoa ini berlaku sebaik sahaja berada di dalam organ pembiakan betina. Lazimnya, spermatozoa yang dilepaskan di dalam vagina akan bergerak ke arah oviduk untuk mensenyawakan ovum. Semasa pergerakan ini, spermatozoa akan mengalami perubahan biokimia dan akan terkapasitasi untuk mensenyawakan ovum.
CIFCIFEkonomiTiadaSingkat bagi Cost, Insurance, and Freight yang membawa maksud bahawa kos, insurans, dan belanja pengangkutan dibayar oleh pengimport sebaik sahaja barang tiba di negara pengimport. Dalam merekodkan urus niaga import-eksport, data eksport selalunya dicatat FOB dan data import dicatat CIF. Catatan import CIF meliputi kos barang import dan juga perbelanjaan insurans dan kos pengangkutan bagi barang tersebut.
joint life annuityanuiti hayat bersamainsuransTiadaPolisi yang membayar faedah selagi dua anuitan atau lebih masih hidup dan akan berhenti sebaik sahaja salah seorang mati.
open-loop controlkawalan lingkaran terbukaSains SukanBiomekanikMekanisme kawalan motor manusia, apabila semua maklumat perlu dimulakan dan dirancang untuk memulakan pergerakan. Sebaik sahaja pergerakan bermula, pergerakan tersebut akan mengikut arahan asal dan tiada perubahan berlaku ke atas pergerakan. Mekanisme ini melibatkan jenis pergerakan yang pantas. Contohnya, seorang penjaga gol yang menangkap bola yang ditendang dengan pantas.
xenophobiaxenofobiaSains PolitikPolitik PerbandinganSikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid.
objective correlativekolelatif objektifKesusasteraanTiadaObjek luar yang menjadi padanan kepada perasaan dalaman. Sesuatu peristiwa, pemandangan, situasi, dan objek luaran dilihat mampu merangsang emosi atau mood, berbanding dengan ekspresinya secara langsung. Dalam hal ini, sebaik sahaja objek luaran itu ditanggapi indera, maka emosi akan terangsang serta-merta. Istilah ini dipopularkan oleh penyair Inggeris, T.S. Eliot dalam eseinya berjudul �1919� tentang drama Hamlet.
12

Kembali ke atas