Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.li/] | سباليق

Definisi : ; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.li/] | سباليق

Definisi : sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebalik

Puisi
 

Saya tidak memandang bulan,
     Mari selindung sebalik tabir;
Saya tidak memandang tuan,
     Hati beramuk bagai nak hancur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Ada udang (= berudang) di balik batu.

Bermaksud :

Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berlurah di balik pendakian).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
implied authorpengarang tersiratKesusasteraanTiadaPengarang yang wujud di sebalik teks atau pengarang yang merancang dan memaknakan teks. Pengarang menghasilkan teks secara tersirat, dan hanya boleh ditanggapi oleh imaginasi pembaca melalui proses pembacaan yang berulang-ulang dan penuh penghayatan. Pengarang tersirat berbeza dengan pengarang sebenar atau narator.
screened subnetsubrangkaian teradangTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRangkaian yang tersembunyi di sebalik tembok api yang tidak dapat dicapai secara terus dari luar rangkaiannya kecuali melalui penghala pengadangan atau get laluan hos terhadang.
allegoryalegoriKesusasteraanTiadaBentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu per satu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim & Progress olah John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan sorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan dengan tahap pergelutan manusia untuk mendapatkan kesejahteraan seperti yang difahami oleh penganut Kristian dan tertera dalam Bible. Pada peringkat awal, bentuk ini sering digunakan untuk menyatakan pemikiran yang bersifat agama. Di Barat, alegori sangat dominan pada Zaman Pertengahan dan bahan sastera dewasa memperlihatkan fikiran yang bersifat alegorikal. Namun dalam perkembangan seterusnya, bentuk ini digunakan untuk menyampaikan komen politik dan sosial, dan lumrah digunakan pada masa ini. Bentuk ini mempunyai kaitan dengan satu lagi bentuk, iaitu simbol. Namun perbezaan yang ketara antara kedua-duanya ialah maksud yang tersirat bagi alegori lebih bersifat tetap dan tegar, sementara maksud tersirat bagi simbol lebih bersifat terbuka dan tidak dapat dipastikan secara persis. Apabila segugus simbol digunakan dalam sesuatu naratif, simbol boleh menjadi alegori. Bentuk alegori sering dipadankan dengan karya yang panjang. Walau bagaimanapun, karya pendek yang memperlihatkan ciri yang serupa dengan alegori, sering dikenali dengan istilah cerita binatang, dan cerita ibarat. Contoh lain yang terkenal dalam sastera Barat ialah karya Dryden berjudul Absalom and Achitophel. Karya ini memperkatakan idea tersirat tentang situasi politik di England pada pertengahan kurun ke-17. Karya berjudul Gulliver�s Travels (1726) oleh Jonathan Swift pula secara tersirat menggambarkan situasi politik di England ketika pemerintahan Ratu Anne. Dalam sastera Melayu, Syair Raja Tedung dengan Raja Katak ialah alegori situasi politik Johor-Riau pada kurun ke-19. Contoh yang lain ialah novel tikus Rahmat (1963) oleh Hassan Ibrahim yang merupakan alegori kepada perhubungan kaum di Tanah Melayu. Alegori berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �memperkatakan yang di sebaliknya�.
background tasktugas latarTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTugas yang dilaksanakan oleh suatu sistem yang terlindung di sebalik proses atau aktiviti yang lain. Dalam kebanyakan sistem multipengguna, tugas ini dilaksanakan dalam latar menggunakan keupayaan CPU terbiar tanpa disedari pengguna.
cat-eye doorlubang intai pintuKejuruteraanTiadaLubang kecil pada pintu atau dinding yang boleh dilihat keadaan di sebalik pintu atau dinding tersebut.
democratic despotismdemokrasi fahaman kuku besiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang dilaksanakan secara kejam oleh pihak pemerintah. Sistem ini berselindung di sebalik nama demokrasi yang menonjolkan dasar melindungi kepentingan rakyat namun pada hakikatnya ia bersifat pemerintahan mutlak, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dalam sistem ini, hak rakyat ditindas dan tidak dipedulikan. Sebarang penentangan atau kritikan terhadap pemerintah akan dihukum bunuh, penjara atau buang negara. Demokrasi ini sering dikaitkan dengan amalan politik negara bekas fahaman sosialis di Eropah Timur pada suatu ketika dahulu dan di negara Afrika. Contohnya, Uganda di bawah pentadbiran Idi Amin dianggap sebagai demokrasi fahaman kuku besi. Sinonim demokrasi kuku besi.
eddypusarSains MarinTiadaAliran bendalir berpusing yang berlaku apabila aliran bergolak disebabkan wujud halangan atau objek. Fenomena ini secara semula jadi diperhatikan berlaku di sebalik batu besar yang berada di sungai yang arusnya mengalir deras. Terdapat ruang yang tidak mempunyai aliran ke hilir di belakang halangan menyebabkan air mengalir balik ke dalam ruang kosong lalu membentuk pusaran kecil di pinggir halangan.
enterprise crimejenayah perusahaanKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan oleh entiti perniagaan dengan cara menggabungkan ciri-ciri perniagaan yang sah dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang untuk tujuan mengaut keuntungan. Jenayah ini dilakukan dengan cara menyembunyikan aktiviti yang menyalahi undang-undang di sebalik aktiviti perniagaan yang sah. Kadangkala, jenayah ini disebut juga sebagai jenayah sindiket dan jenayah terancang. Contohnya, aktiviti pengubahan wang haram yang dilakukan di sebalik aktiviti perniagaan yang sah seperti pinjaman wang berlesen.
absurdabsurdKesusasteraanTiada1. Istilah yang berasal dari perkataan Latin 'absurdum' bermaksud sesuatu yang bertentangan atau tidak selari. 2. Sesuatu yang tidak menggambarkan realiti, tetapi menggambarkan di sebalik realiti dan merupakan realiti.
anagogic visionvisi anagogikKesusasteraanTiadaPersepsi berlapis yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan fikiran dan perasaannya pada paras yang pelbagai dan serentak. Persepsi atau pentafsiran mendedahkan makna yang tertinggi, iaitu makna rohaniah atau mistik di sebalik teks. Menurut Flannery O�Connor, visi anagogik merupakan suatu visi yang harus dimiliki atau dibina oleh pengarang untuk menambah makna teksnya. Menurut O. Connor, visi inilah yang dapat memperlihatkan pelbagai paras realiti dalam suatu imej atau situasi.
12

Kembali ke atas