heat capacity | muatan haba | Fizik | Tiada | Kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sistem sebanyak satu darjah pada keadaan tertentu, biasanya pada tekanan malar atau isi padu malar. |
necessity goods | barang perlu | Ekonomi | Tiada | Barang yang mempunyai keanjalan pendapatan yang positif yang kurang daripada satu, iaitu kadar pembeliannya tidak bertambah sebanyak kadar pertambahan pendapatan. Barang perlu ialah barang yang penting untuk keperluan kehidupan asas seperti makanan, tempat kediaman, pakaikan, dan keperluan perubatan. |
electrochemical equivalent | kesetaraan elektrokimia | Kimia | Kimia Analisis | Amaun dalam gram suatu bahan yang dihasilkan atau digunakan semasa elektrolisis dengan kecekapan arus 100% apabila sebanyak 1 faraday (96 487.0 ± 1.6 coulomb) kuantiti elektrik diberikan kepada sistem elektrolisis itu. |
grain combed | ira rentang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan papan atau ira atau lapisan venir yang terhasil daripada kaedah pemotongan pada sudut 15 darjah pada kedudukan rentang. Sebanyak 25 peratus daripada permukaan yang terdedah pada setiap kepingan venir akan menghasilkan ira yang menyerpih. |
Kelly-Tyson equation | persamaan Kelly-Tyson | Fizik | Nanoteknologi | Persamaan yang digunakan untuk pengiraan kekuatan terikan keluli sebagai fungsi daripada pecahan isi padu nanotiub karbon. Kekuatan terikan keluli bertambah sebanyak tujuh kali ganda jika keluli mengandungi 30% nanotiub karbon. |
clausula | suku kata terakhir | Kesusasteraan | Puisi | Suku kata yang terdapat pada perkataan terakhir dalam setiap baris. Dalam serangkap pantun empat kerat, khalayak akan dapat melihat suku kata akhir ini sebanyak empat kali. Walau bagaimanapun dalam puisi moden suku kata terakhir bergantung kepada jumlah baris yang terkandung dalam rangkap tersebut. Contohnya, seperti pantun di bawah. Terbang burung dari selatan, Dipuput angin sangga bayu; Bukalah surat dari lipatan, Lihatlah pantun bahasa Melayu. |
castling | pengetiran | Sukan | Tiada | Teknik gerakan dalam permainan catur yang melibatkan dua buah catur, iaitu raja dan tir. Pengetiran berlaku apabila raja dan tir digerakkan secara serentak. Raja akan bergerak sebanyak dua petak ke arah salah satu tir pada baris pertama papan catur dan tir tersebut akan melangkaui raja dan menetap bersebelahan dengannya. |
proportgional tax | cukai berkadar | Ekonomi | Tiada | Cukai yang kadarnya tidak berubah walaupun nilai asal cukai berubah. Dalam cukai berkadar, kadar cukai sut sentiasa sama dengan kadar cukai purata. Misalnya, cukai jualan sebanyak 5% dikenakan terhadap jumlah jualan tanpa mengira jumlah jualan tersebut. |
retirement income policy | polisi pendapatan persaraan | insurans | Tiada | Polisi endowmen yang diubahsuai pada umur persaraan yang dipilih, yang menawarkan faedah anuiti mengikut peratusan nilai muka insurans hayat yang berkuat kuasa, biasanya sebanyak sepuluh peratus. Di bawah polisi ini, nilai tunai akan melebihi nilai muka pada tahun-tahun polisi yang terkemudian. Sekiranya kematian berlaku sebelum umur persaraan yang dipilih, faedah kematian adalah merupakan nilai muka atau nilai tunai mengikut mana lebih tinggi. |
Coulomb blockade | penghalang Coulomb | Fizik | Nanoteknologi | Alat untuk menghalang pemindahan elektron ke dalam daerah yang menghasilkan perubahan tenaga elektrostatik melebihi tenaga terma. Jika daerah tersebut dicirikan dengan kapasitans C, tenaga elektrostatik bertambah sebanyak e2/2C dengan kehadiran suatu elektron. Dalam struktur makro, perubahan tenaga ini tidak ketara manakala dalam struktur nano terutamanya dalam bintik kuantum, syarat e2/2C melebihi tenaga terma kBT amat ketara. Perubahan dalam tenaga elektrostatik yang disebabkan oleh pemindahan elektron tunggal terhasil dalam jurang tenaga e2/2C dalam spektrum tenaga pada aras Fermi dikenali sebagai jurang Coulomb. Kemasukan elektron dalam rejim penghalang Coulomb disekat sehingga jurang tenaga diatasi oleh medan pincang. Fenomena ini berlaku dalam penerowongan elektron tunggal. Sinonim jurang Coulomb. |