clausula | suku kata terakhir | Kesusasteraan | Puisi | Suku kata yang terdapat pada perkataan terakhir dalam setiap baris. Dalam serangkap pantun empat kerat, khalayak akan dapat melihat suku kata akhir ini sebanyak empat kali. Walau bagaimanapun dalam puisi moden suku kata terakhir bergantung kepada jumlah baris yang terkandung dalam rangkap tersebut. Contohnya, seperti pantun di bawah. Terbang burung dari selatan, Dipuput angin sangga bayu; Bukalah surat dari lipatan, Lihatlah pantun bahasa Melayu. |
neap tide | pasang surut anak | Sains Marin | Tiada | Keadaan perbezaan antara air pasang dengan air surut disebabkan oleh tarikan ke atas air laut apabila dalam keadaan lemah disebabkan dua arah yang berbeza. Fenomena ini berlaku sebanyak dua kali dalam sebulan apabila kedudukan matahari dan bulan berada pada sudut tepat dengan bumi. |
cosmetic market sampling test | ujian pensampelan pasaran kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pengujian produk kosmetik yang tidak bernotifikasi dengan tujuan untuk mengkaji kebolehterimaan pengguna atau ujian estetika. Ujian ini dibernarkan untuk dilaksanakan sebanyak satu kali bagi setiap produk dan produk tersebut bukan untuk dijual. |
counter elite | elit saingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok kelas atasan yang memberi saingan kepada kelompok elit yang selama ini mendominasi politik dalam sesebuah masyarakat atau negara. Elit saingan muncul kesan daripada proses sosialisasi yang terbentuk dalam masyarakat tersebut sama ada melalui pendidikan, pemodenan dan juga pendedahan terhadap ideologi luar. Kemunculan elit saingan ini sedikit sebanyak telah menggugat kedudukan dan dominasi elit yang telah lama bertapak dan berpengaruh khususnya dari aspek idea, nilai dan strategi. Misalnya, kemunculan kelas menengah Melayu kesan daripada pemodenan dan pendidikan telah memberi saingan kepada dominasi elit tradisional Melayu dalam strata masyarakat yang akhirnya telah mengambil alih teraju kepimpinan masyarakat Melayu. |
poultry by-product meal | tepung hasil sampingan poltri | Perikanan | Akuakultur | Bahan mentah yang diperbuat daripada hasil sampingan kilang memproses ayam. Bahan ini terdiri daripada perut, kepala, kaki dan sisa-sisa sampingan lain, termasuklah ayam yang sudah luput di pasar raya. Bahan buangan akan dimasak, dikisar dan dikeringkan untuk dijadikan sebagai bahan mentah. Kandungan protein bahan ini ialah sebanyak 50% – 55% dan boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk semua jenis ternakan dengan kadar tertentu. |
cognitive stage | peringkat kognitif | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Peringkat keupayaan motor pada tahap awalan atau tahap kemahiran rendah. Pada peringkat ini, atlet mula mempelajari kemahiran-kemahiran dalam sukan dan akan cuba mengenal pasti secara keseluruhan konsep kemahiran motor. Mereka akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada persekitaran latihan atau permainan, kemudiannya diubah suai mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. 2. Pencapaian kemahiran motor peringkat permulaan berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner. |
Egeria sp. | Egeria sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam yang menyerupai Hydrilla sp. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai daun bilah berbentuk lanseolat yang tersusun dalam pusingan 3 – 6 helai daun. Contoh Hydrilla sp. ialah Egeria densa dan Egeria najas. Daun Egeria densa mempunyai kelebaran sebanyak 0.3 – 0.4 cm, iaitu lebih lebar berbanding Egeria najas dengan kelebaran 0.1 – 0.2 cm. Egeria sp. boleh menyerap karbonat dalam air untuk proses fotosintesis. Egeria Sp. juga memerlukan cahaya dan nutrien yang tinggi. Lihat juga Hydrilla sp. |
retirement income policy | polisi pendapatan persaraan | insurans | Tiada | Polisi endowmen yang diubahsuai pada umur persaraan yang dipilih, yang menawarkan faedah anuiti mengikut peratusan nilai muka insurans hayat yang berkuat kuasa, biasanya sebanyak sepuluh peratus. Di bawah polisi ini, nilai tunai akan melebihi nilai muka pada tahun-tahun polisi yang terkemudian. Sekiranya kematian berlaku sebelum umur persaraan yang dipilih, faedah kematian adalah merupakan nilai muka atau nilai tunai mengikut mana lebih tinggi. |
Data Encryption Standard (DES) | Piawai Penyulitan Data (DES) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Algoritma yang menjadi piawai untuk penyulitan dan penyahsulitan data sejak tahun 1977. Algoritma ini dihasilkan untuk menyelaraskan algoritma yang digunakan untuk penyulitan komunikasi bagi tujuan perniagaan dan merupakan satu sifer blok berkekunci simetri. DES terdiri daripada jujukan operasi yang berulang sebanyak 16 kali serta menggunakan satu kekunci yang bersaiz gandaan 64 bit. Penyahsulitan dilakukan dengan menyongsangkan algoritma DES dengan kekunci yang sama. Lihat juga sifer blok dan kekunci simetri. |
parody | parodi | Kesusasteraan | Puisi | Peniruan terhadap gaya sesebuah puisi yang dihasilkan oleh seseorang penyair yang lain. Peniruan mungkin sebahagian dan mungkin juga sepenuhnya. Hal ini dilakukan dengan tujuan untuk menimbulkan unsur ejekan atau kelucuan kepada penyair asalnya. Contohnya, puisi "Bagaimana Kalau ..." karya Usman Awang. Bagaimana kalau pada suatu saat Ketika menjalankan tugas yang maha berat Untuk segala keturunan dan zuriat Pak Mudim tersilap meletakkan mata pisau Terpangkas sampai ke pangkal Tercapaikah impian Perdana Menteri meningkatkan Penduduk Malaysia sebanyak 70 juta? |