electrochemical equivalent | kesetaraan elektrokimia | Kimia | Kimia Analisis | Amaun dalam gram suatu bahan yang dihasilkan atau digunakan semasa elektrolisis dengan kecekapan arus 100% apabila sebanyak 1 faraday (96 487.0 ± 1.6 coulomb) kuantiti elektrik diberikan kepada sistem elektrolisis itu. |
function | fungsi | Kesusasteraan | Tiada | Aksi yang dilakukan oleh watak tertentu yang signifikan dengan perjalanan plot sesebuah cerita rakyat. Konsep fungsi diperkenalkan oleh V.Propp (1968) dalam kajiannya tentang cerita pari-pari dari Rusia. Dalam analisis plot yang dilakukan terhadap 100 buah cerita pari-pari tersebut. Propp menjumpai sebanyak 31 fungsi yang wujud dalam suatu urutan yang stabil dan tertib. Berdasarkan pola plot tersebut, Propp berjaya menunjukkan bahawa semua cerita pari-pari dapat dikategorikan di bawah atau tipologi. Analisis Propp menunjukkan bahawa fungsi bersifat generatif, sama seperti nahu yang dapat menjana ayat. Konsep fungsi yang memungkinkan wujudnya mahu naratif yang dapat digunakan untuk menjana sesebuah cerita. Konsep penciptaan itu disebut sebagai penciptaan skematik yang menjadi gaya khusus ciptaan teks lisan. Lihat juga tipa, tipologi sastera. |
line of verse | baris sajak | Kesusasteraan | Puisi | Baris-baris yang terdapat pada puisi tradisional atau moden. Dalam puisi tradisional, terutama dalam pantun dan syair, jumlahnya ditetapkan empat baris dalam setiap rangkap. Namun dalam puisi moden jumlah pembentukan baris dalam setiap rangkap ini tidak ditetapkan. Begitu juga baris-baris yang membentuk keseluruhan sesebuah puisi itu, kecuali bentuk soneta yang ditetapkan sebanyak 14 baris. |
canon | kanun | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan karya yang diterima dan disahkan sebagai bermutu tinggi oleh para sarjana dan institusi yang berwibawa. Kanun berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud kayu yang lurus. Dalam tradisi agama, kanun merujuk kepada sekumpulan kitab sakral yang diterima sebagai tulen. Istilah ini juga merujuk kepada sekumpulan karya kesusasteraan daripada seseorang pengarang yang dianggap tulen. Contohnya, sebanyak 37 drama pentas yang hebat dipercayai dihasilkan oleh William Shakespeare. Akhir-akhir ini, konsep kesejagatan dan autoriti yang membentuk kanun dalam kesusasteraan mula dicabar. Umpamanya, kanun sastera dunia hanya merujuk kepada teks sastera Barat dan mengetepikan teks sastera lain, atau teks sastera golongan minoriti. Fenomena ini menunjukkan bahawa konsep kanun ini dipengaruhi ideologi dan kepentingan tertentu. Oleh itu, pembaca harus berwaspada apabila mengamati teks yang dianggap kanun dengan mengkaji sistem dan proses yang mengagungkan karya sastera tersebut. |