resident virus | virus huni | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang terus aktif walaupun perisian hosnya telah dihentikan. Virus sebegini hanya dapat dihentikan apabila sistem komputer dimatikan. Lihat juga virus ingatan-huni. |
major medical insurance | insurans perubatan utama | insurans | Tiada | Insurans kesihatan yang menyediakan faedah terhadap tinggi bagi kebanyakan jenis perbelanjaan perubatan serta tertakluk kepada deduktibel yang besar. Kontrak sebegini mungkin mengandungi had dalaman tertentu dan satu fasal peratusan penyertaan yang dipanggil fasal koinsurans. Polisi seperti ini biasanya akan membayar belanja yang dilindungi tanpa mengira sama ada individu berkenaan masih berada di hospital ataupun tidak. |
conservative | konservatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran, individu, kelompok atau organisasi yang berpegang kepada tradisi dan sukar menerima perubahan. Pendirian ini berusaha mengekalkan sesuatu sebagaimana yang tersedia ada. Pemikiran sebegini disebut sebagai konservatisme, sementara mereka yang mengamalkannya digelar sebagai golongan konservatif. Gerakan politik golongan konservatif mula muncul semenjak abad ke-18 di Eropah sebagai reaksi intelektual terhadap golongan radikal yang berkembang kesan daripada Revolusi Perancis. Dari sudut sosiologi, golongan ini berasal daripada keturunan tuan tanah. Kelompok ini telah berkembang dan mengalami beberapa perubahan struktural dimensi dan persepsi terhadap sesuatu fenomena seperti tidak lagi menolak perubahan secara total tetapi menerima perubahan secara evolusi. Dalam perkembangan politik moden, golongan ini telah muncul sebagai satu kuasa politik yang kuat khususnya di Eropah seperti Parti Kristian Demokrat di Jerman, aliran pemikiran Gaullism di Perancis dan juga Parti Konservatif di Great Britain. |
permanet total disability benefit | faedah hilang upaya menyeluruh kekal | insurans | Tiada | Faedah ganti rugi dengan bayaran berkala, biasanya mingguaan, akibat hilang upaya yang tidak membolehkan insured melakukan sebarang pekerjaan. Pampasan sebegini dihadkan oleh tempoh atau amaun, tetapi jika tidak terhad pembayarannya akan berterusan sepanjang hayat. |
proletarian literature | sastera proletarian | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang mengisahkan kehidupan masyarakat kelas bawahan. Tujuannya adalah sebagai suatu propaganda untuk mengutarakan masalah ekonomi dan sosial kelas bawahan terhadap golongan atasan atau pemerintah. Contoh karya sebegini ditemui dalam novel karya Walter Greenwood bertajuk Love on the Dole. Contoh dalam sastera Melayu ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. |
memory-resident virus | virus ingatan-huni | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang dimasukkan ke dalam ruang ingatan utama tanpa bergantung kepada kod asal pada cakera keras. Virus ini terus wujud dalam ingatan walaupun perisian hosnya telah dihentikan. Virus sebegini hanya dapat dilenyapkan daripada ingatan apabila sistem komputer dimatikan atau arahan diberikan oleh sistem pengendalian untuk mengosongkan ruang alamat dalam ingatan yang mengandungi virus tersebut. |
cross-border crime | jenayah rentas sempadan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan atau tindakan jenayah yang dilakukan oleh seseorang atau organisasi dalam sesebuah negara tetapi dilakukan secara rentas sempadan atau yang memberikan kesan kepada mangsa di negara lain. Lazimnya, perbuatan sebegini dilakukan dengan menggunakan ruang siber kerana memudahkan perlakuan jenayah. Contohnya, perbuatan penyeludupan dadah, senjata dan manusia dan penipuan siber. |
explication de texte | pemerian teks | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah analisis atau cara pembacaan rapi bagi teks prosa atau puisi. Pemerian teks dipengaruhi oleh corak pengajaran kesusasteraan tradisional, iaitu Practical Criticism yang digunakan dalam sistem persekolahan peringkat menengah di negara Perancis sehingga tahun 1960-an. Pemahaman lebih jelas bagi sesuatu teks sastera dibuat melalui kajian terperinci dengan cara menganalisis aspek linguistik dan menggunakan kaedah stilistik. Analisis sebegini memberi pemahaman yang mendalam dan aspek stail, bahasa, penggunaan simbol dan hubung kait satu bahagian dengan keseluruhan teks tersebut. Pemerian teks penting kepada pengamal teori Kritikan Baharu kerana apresiasi dan penilaian mantap sesuatu teks menjadi lebih berkesan jika tahap pemahaman pembaca mendalam. Kaedah ini mampu mendapatkan suatu interpretasi teks yang bukan sahaja objektif tetapi mantap dari segi teori dan kritikannya. |
anarchy | anarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | 1. Keadaan sesebuah masyarakat yang kacau-bilau, tidak wujud kerajaan dan undang-undang untuk mengawal negara tersebut. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya konflik politik di kalangan pemimpin atau kegagalan sesebuah kerajaan mentadbir negara. Contohnya, negara Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein. 2. Konsep masyarakat yang berasaskan kepada kerjasama secara sukarela dan individu yang bebas dalam mengatur hubungan sosial sesama anggota masyarakat. Masyarakat sebegini tidak memerlukan undang-undang, pemerintah dan juga autoriti. Dalam erti kata lain, konsep ini menerangkan keadaan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Konsep ini digunakan dalam konteks falsafah politik. |
communal | perkauman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang dicirikan oleh unsur-unsur etnik seperti agama, bahasa dan budaya. Dalam pensegmenan ini, unsur perkauman akan membentuk nilai sosial yang dikenaIi sebagai subbudaya. Subbudaya ini akan mencorakkan pelbagai aspek kehidupan sosial seperti kekeluargaan, penempatan, bahasa, organisasi, pendidikan dan kegiatan ekonomi. Subbudaya yang dominan juga akan mempengaruhi hubungan sosial yang terjaIin antara satu etnik dengan etnik yang lain. Dalam masyarakat yang sebegini, institusi sosial yang terbentuk akan melambangkan identiti etnik masing-masing. Hal ini secara tidak langsung menjadikan struktur masyarakat didominasi oleh elemen perkauman serta akan mewujudkan sentimen dalam hubungan sosial, ekonomi dan politik masyarakat tersebut. Situasi ini menjadikan struktur dan hubungan sosial masyarakat amat rapuh dan sensitif serta mudah mencetuskan konflik. Contohnya, kehidupan sosial, ekonomi dan politik India, Fiji dan Sri Lanka jelas berasaskan perkauman. |