Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lah] | سبله

Definisi : pelbagai jenis ikan laut, sisa nabi, Arnoglossus spp., Pardachirus spp., Samaris spp., Solea spp., dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, a) Pseudorhombus arsius; b) Pseudorhombus javanicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1 sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan; setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. 2 arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. 3 tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelah

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Bagai perahu karam sebelah.

Bermaksud :

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flush leftsantak kiri-TiadaTeks yang dijajarkan ke sebelah kiri jidar manakala sebelah kanan teks tidak dijajarkan.
flush rightsantak kanan-TiadaTeks yang dijajarkan ke sebelah kanan jidar manakala sebelah kiri teks tidak dijajarkan.
bendingpembengkokanSains SukanBiomekanikPembebanan secara tak simetri yang menghasilkan tegangan pada sebelah satu jasad dan mampatan pada sebelah yang berlawanan di sepanjang paksi longitud. Lihat juga paksi longitud.
crossed diplopiadiplopia silangSains KesihatanTiadaImej berganda binokular yang terhasil apabila imej mata kiri kelihatan berada di sebelah kanan dan imej mata kanan kelihatan berada di sebelah kiri medan penglihatan.
uncrossed diplopiadiplopia tak silangSains KesihatanTiadaImej berganda binokular yang terhasil apabila imej mata kiri kelihatan berada di sebelah kiri dan imej mata kanan kelihatan berada di sebelah kanan medan penglihatan.
supply-side economyekonomi sebelah penawaranEkonomiTiadaFalsafah ekonomi yang mempercayai bahawa peningkatan pengeluaran oleh sektor swasta dapat dicapai dengan mengurangkan cukai dan perbelanjaan. Pengurangan cukai akan menggalakkan pelabur swasta menambahkan pengeluaran melalui penambahan tenaga kerja. Pengurangan cukai juga akan menggalakkan individu dan sektor swasta meningkatkan tabungan dan pelaburan. Peningkatan pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi tanpa mewujudkan inflasi. Fahaman ekonomi yang di pelopor oleh Laffer ini mengurangkan kadar pengangguran, dan ini bertentangan dengan ekonomi sebelah permintaan yang dipelopori oleh Keynes.
cyma rectakumai S tegakKesenianHiasan DalamanKumai timbul yang berbentuk seperti huruf S. Kumai ini terdiri daripada kumai melengkung ke dalam yang terletak di sebelah atas, dan kumai melengkung keluar yang terletak di sebelah bawah.
cyma reversakumai S terbalikKesenianHiasan DalamanKumai timbul yang berbentuk seperti huruf S terbalik. Kumai ini terdiri daripada kumai melengkung keluar yang terletak di sebelah atas, dan kumai melengkung ke dalam yang terletak di sebelah bawah.
drug extract ratio (DER)nisbah drug ekstrakHerbaTiadaNisbah antara kuantiti bahan herba yang digunakan dalam pengilangan sediaan herba dengan kuantiti sediaan herba yang dihasilkan. Angka di sebelah kiri menyatakan kuantiti relatif bahan herba sementara angka di sebelah kanan menyatakan kuantiti relatif sediaan herba yang terhasil. Nisbah ini menyatakan kualiti ekstrak herba. Contohnya, 10 kg bahan herba yang menghasilkan 1 kg sediaan herba memberikan nisbah drug ekstrak 10 : 1.
marwasmarwasMuzikTiadaAlat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Marwas terdiri daripada badan berbentuk silinder pendek. Dua muka kulit dipasang pada baluh dengan tali nilon. Marwas dipegang dengan sebelah tangan sementara tangan yang sebelah lagi memukul salah satu permukaan dram. Dram ini menghasilkan rentak terhasil apabila tiga atau empat biji marwas dimainkan serentak. Alat muzik ini juga dikenali sebagai manias. Marwas atau manias biasanya dimainkan oleh masyarakat Melayu dalam bentuk ensembel kecil untuk.
12345

Kembali ke atas