real time | masa sebenar | Kesusasteraan | Tiada | Keselarian masa yang wujud antara jangka masa yang diambil untuk memerikan sesuatu peristiwa dengan jangka masa sebenar peristiwa itu berlaku. Masa sebenar berkontras dengan masa yang dirasai, iaitu pengalaman peredaran masa yang dibina bagi pihak pembaca menerusi konvensi pengisahan. Masa sebenar pernah digunakan sebagai salah satu teknik realisme dalam karya sastera. |
real ear aided response | respons telinga sebenar berbantu | Sains Kesihatan | Tiada | Respons tekanan bunyi sebenar dengan bantuan alat bantu pendengaran yang diukur dalam medan bebas. |
real ear occluded response | respons telinga sebenar tersumbat | Sains Kesihatan | Tiada | Respons tekanan bunyi sebenar yang diukur apabila alat bantu pendengaran dipasang. |
real ear unaided response | respons telinga sebenar teroklusi | Sains Kesihatan | Tiada | Respons tekanan bunyi sebenar tanpa bantuan alat bantu pendengaran. |
actual departure report | laporan perlepasan sebenar | Pelancongan | Tiada | Maklumat pergerakan pengangkutan atau kenderaan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Laporan perlepasan sebenar mengandungi perincian, seperti waktu berlepas, nombor pendaftaran kenderaan dan senarai nama penumpang. |
actual flying time | masa terbang sebenar | Pelancongan | Tiada | Masa yang dikira bermula dari kapal terbang meninggalkan terminal sehingga tiba dan berhenti di terminal destinasi. Masa terbang sebenar tidak termasuk waktu persinggahan. |
ex-post | ex-post | Ekonomi | Tiada | Nilai sebenar pemboleh ubah yang dilakukan oleh unit-unit perniagaan. Misalnya, dalam teori penentuan pendapatan negara, pelaburan ex-post ialah jumlah pelaburan sebenar yang wujud dalam sesebuah negara. Ex-post ialah frasa Latin yang bermaksud yang berlaku atau yang dilaksanakan. |
relative error | ralat relatif | Kimia | Kimia Analisis | Nisbah magnitud ralat terhadap nilai sebenar. Biasanya dinyatakan dalam peratus atau peribu Ralat relatif % = (ralat/nilai sebenar) X 100 |
accuracy | kejituan | Kimia | Kimia Analisis | Ukuran hampirnya suatu nilai atau hasil yang diperoleh dengan nilai sebenar. Ia biasanya dinyatakan sebagai ralat iaitu perbezaan di antara nilai sebenar dengan nilai yang diperoleh. |
augmented reality (AR) | realiti terimbuh (AR) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Persekitaran buatan yang terhasil daripada gabungan dunia sebenar dengan dunia janaan komputer bagi meningkatkan pengalaman dunia sebenar pengguna. Pelaksanaan AR memerlukan peranti paparan yang bersesuaian seperti telefon pintar dan tablet. Dalam konteks pendidikan, AR digunakan sebagai alat bantu mengajar terutamanya yang melibatkan simulasi dan amali. |