psychological functions | fungsi psikologi | Kejururawatan | Tiada | Proses minda yang kompleks sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. |
psychodynamic formulation | rumusan psikodinamik | Perubatan | Psikiatri | Kesimpulan untuk memahami tingkah laku individu dengan mengambil kira pemahaman tentang konflik sedar dan tidak sedar. |
psychodynamic testing | pengujian psikodinamik | Perubatan | Psikiatri | Pemeriksaan yang dilakukan terhadap individu berdasarkan tingkah laku dengan mengambil kira pemahaman tentang konflik sedar dan tidak sedar. |
psychodynamic assessment | penilaian psikodinamik | Perubatan | Psikiatri | Pentaksiran yang dilakukan terhadap individu untuk memahami tingkah laku dengan mengambil kira pemahaman tentang konflik sedar dan tidak sedar. |
socialization | sosialisasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menerapkan nilai sosial, budaya, politik dan sebagainya kepada individu dalam sesebuah masyarakat. Sosialisasi ini berlaku secara sedar atau tidak sedar yang berjalan secara berterusan sejak seseorang itu masih kecil. Proses ini juga mendedahkan individu kepada nilai budaya masyarakatnya dan seterusnya mengamalkan budaya tersebut seperti anggota lain. Proses ini biasanya dilakukan oleh ejen sosialis seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah, media dan tempat kerja. Contohnya, seorang ayah yang aktif berpolitik akan mendedahkan anaknya kepada aktiviti politik yang disertainya. Sinonim pemasyarakatan. |
collective unconscious | bawah sedar kolektif | Kesusasteraan | Tiada | Ciri pengalaman dalaman manusia yang dikongsi dengan manusia lain. Konsep ini diketengahkan oleh C.G. Jung. Beliau berpendapat pengalaman secara tidak sedar bukan hanya diperoleh melalui pengalaman perseorangan, tetapi juga melalui ingatan arketip atau tipa induk turun-temurun (memori ras dalam istilah Freud). Manusia digambarkan mempunyai kecenderungan semula jadi yang sama untuk mencipta simbol-simbol tertentu yang kemudiannya dimanifestasikan dalam bentuk mitos, mimpi dan cerita rakyat. Lihat juga tipa induk. |
Jungian criticism | kritikan Jung | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang mengkaji aspek bawah sedar kolektif manusia yang terakam dalam karya sastera. Kritikan ini bersandarkan teori psikologi Carl Jung. Menurut Jung, bawah sedar manusia terbahagi kepada dua bahagian: Pertama, bahagian peribadi yang mengandungi perkara yang ditebatkan kermasuklah maklumat tentang kehidupan individu yang dilupakan. Kedua, bahagian arketaip yang mengandungi maklumat terkumpul dan dikongsi bersama dengan manusia sejagat atau sesuatu kumpulan budaya tertentu. Kritikan Jung juga dikenali dengan kritikan arketaip dan kritikan mitos. Lihat juga kritikan arketaip, kritikan mitos. |
biographical criticism | kritikan biografi | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menggunakan latar belakang pengarang sebagai kerangka rujukan untuk mentafsirkan makna teks. Kritikan biografi berasaskan pendapat bahawa pemahaman tentang kehidupan pengarang boleh memberikan pengertian yang lebih jelas tentang karyanya. Riwayat hidup pengarang memperlihatkan bagaimana faktor persekitaran, pengalaman dan pembacaan mempengaruhi penulis secara sedar dan tidak sedar dalam penciptaan karya. Membaca biografi penulis bukan sahaja mengubah tetapi mendalamkan pengamatan pembaca terhadap teks tersebut. Walau bagaimanapun, data biografi boleh mengelirukan pembaca. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengarang mengubah fakta sejarah dengan menyembunyikan perihal yang memalukan, dan menggembar-gemburkan perihal yang akan menyerlahkan lagi karya mereka. Penggunaan data biografi yang berlebih-lebihan dianggap sebagai kekeliruan biografi, dan situasi ini dicabar oleh kritikan sastera yang disebut kritikan baru. Sebaliknya, penggunaan data biografi yang bijak dapat menghasilkan interpretasi teks yang lebih tuntas. Umpamanya, novel Salina karya A. Samad Said pastinya dapat diinterpretasikan dengan lebih mendalam sekiranya penulisnya diketahui secara mendalam. Hal ini demikian kerana banyak pengalaman pahit zaman perang pengarang yang mendorong kepada penciptaan karyanya. |
consciousness | kesedaran | Kejururawatan | Tiada | Keadaan seseorang yang sedar tentang kewujudan dirinya, persekitaran, dan tingkah laku yang dicirikan oleh tindak balas yang sesuai terhadap rangsangan luar. |
conflict | konflik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertentangan secara sedar dan langsung antara individu atau kelompok kerana sesuatu kepentingan. Pertentangan melahirkan sifat permusuhan dan segala usaha dibuat untuk mengatasi pihak lawan. Pendekatan ini melihat masyarakat sebagai sarat dengan konfIik dan ia bukan sahaja merupakan satu ciri normal sebaliknya boleh membawa perubahan dan pembangunan kepada masyarakat. Ketiadaan konfIik hanya menjadikan masyarakat statik dan mundur. Dalam konteks politik pula, konflik sering melibatkan persaingan merebut kuasa dan kejayaan menjatuhkan lawan. Secara amnya konflik dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu pertikaian, ketegangan, krisis dan peperangan. Pertikaian merupakan tahap konflik permulaan yang masih belum serius. Kegagalan menyelesaikan pertikaian akan mewujudkan keadaan ketegangan yang menimbulkan tindakan berhati-hati di kedua-dua belah pihak. Krisis pula merupakan tahap konflik yang lebih serius walaupun masih tidak melibatkan persentuhan fizikal. Peperangan merupakan kemuncak kepada konflik yang melibatkan pertembungan fizikal, kehilangan nyawa, harta benda dan kemusnahan. Bagi golongan realis, konflik dilihat sebagai sebahagian daripada kehidupan manusia yang tidak dapat dielakkan sementara bagi golongan idealis, konfik dilihat sebagai suatu fenomena yang negatif dan boleh dihindarkan. Sarjana sosial seperti Karl Marx, Dahrendorf dan Coser telah mengembangkan istilah konflik kepada satu konsep atau pendekatan yang penting dalam menjelaskan fenomena sosial. |