comminution | penyerbukan | Herba | Tiada | Proses untuk mengurangi saiz zarah bahan herba secara fizikal atau mekanikal, seperti pemotongan dan penggilingan. Proses ini dilakukan untuk menghasilkan bahan serbuk herba bagi memudahkan pemprosesan selanjutnya. Saiz zarah dikelaskan sebagai kasar, sederhana kasar, sederhana halus, halus dan sangat halus berdasarkan ukuran saiz pengayak yang telah ditetapkan. Sinonim penghancuran. |
moderate disease | penyakit sederhana | Kesihatan Awam | Tiada | Penyakit dengan gejala yang sederhana. |
medium-risk exposure | dedahan risiko sederhana | Kesihatan Awam | Tiada | Keadaan bahaya pada tahap sederhana yang dihadapi oleh individu atau kelompok individu apabila terdedah kepada rembesan cecair daripada pesakit yang dijangkiti tanpa salah seorang individu tersebut menggunakan kelengkapan perlindungan diri. |
medium-chain triglyceride (mct) | trigliserida rantai sederhana | Sains Kesihatan | Tiada | Lemak yang terdiri daripada asid lemak rantai pendek dan sederhana. |
medium cost house | rumah kos sederhana | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Rumah kediaman yang dibina untuk pasaran terbuka dengan harga yang sederhana. |
pastoral | pastoral | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang memerikan keadaan hidup desa yang sederhana, tenang, unggul, nostalgik dan secara tidak langsung mengkritik kehidupan kota. Puisi ini biasanya membawa unsur yang berikut: (a) Dialog atau pertandingan nyanyian antara dua orang gembala kambing. (b) Monolog yang berupa mimpi atau angan-angan gembala kambing. (c) Percintaan desa yang gagal atau berjaya. (d) Ratapan kematian seorang gembala kambing. Pada Zaman Renaissance, pastoral menjadi lebih mantap dengan membawa tema daripada kitab Injil dan kehidupan desa untuk menyampaikan mesej yang serius. Pastoral menggunakan unsur latar dan suasana daripada kedua-dua sumber tersebut untuk tujuan satira. Contohnya, Shepherd�s Calendar oleh Spenser dan Shepherd�s Week oleh John Gay. Sesetengah penyair menggunakan pastoral untuk menggambarkan kehidupan yang sederhana, contohnya karya bertajuk Lycidas oleh Milton dan Michael, dan A Pastoral Poem oleh Wordsworth. Pastor berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �gembala kambing�. Lihat juga idil. |
medium building | bangunan sederhana | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
medium-term finance | pembiayaan jangka sederhana | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
medium density fibreboard | papan gentian ketumpatan sederhana | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan kayu yang dihasilkan dengan cara menghancurkan kayu keras atau sisa kayu lembut ke dalam gentian kayu dengan mencampurkan lilin dan pengikat resin untuk membentuk panel seperti papan. Papan ini kemudiannya dimampatkan dengan suhu dan tekanan tinggi dan dikemaskan menggunakan venir kayu. Kepingan papan ini banyak digunakan untuk membuat perabot atau dinding kerana sifatnya yang mesra alam, murah dan mempunyai ukuran yang tekal dan tetap serta mudah lentur |
fielded panel | panel timbul | Kesenian | Hiasan Dalaman | Panel sederhana yang timbul pada bahagian tengah permukaan rata pada perabot, pintu, panel dinding atau siling. Panel ini biasanya diperbuat daripada kayu. |