sauce pot | periuk bertelinga | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Periuk sederhana yang jeluk dengan isi padu 1 hingga 6 liter untuk memudahkan mengacau sos, sup dan makanan cecair yang lain. |
polonaise | polonaise | Muzik | Tiada | 1. Tarian perarakan yang wujud pada abad ke-17. Polonaise berasaskan tarian rakyat Poland, bermeter 3/4 dan bertempo sederhana. 2. Karya instrumental terutamanya untuk piano solo yang berasaskan ritma tarian polonaise. Chopin amat menggemari karya instrumental jenis ini dan menggunakan ritma polonaise sebagai lambang bagi menunjukkan semangat nasionalisme. Contohnya, Military Polonaise, A major, Op. 40, No. 1 (1838). |
gale | badai | Sains Marin | Tiada | Angin yang berada dalam julat kelajuan 63-87 km/jam. Pada tahun 1986, Pusat Kajian Ribut Tropika Kebangsaan menggunakan istilah ini untuk angin ribut tropika yang berada di kawasan pantai yang berkelajuan 61-117 km/jam. Kaedah utama yang biasa digunakan untuk mengukur angin kencang ialah skala Beaufort yang mendefinisikan angin badai sebagai angin yang berada dalam julat 50-102 km/jam. Pada skala angin Beaufort, badai dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: 7 (badai sederhana 32-38 batu/jam); 8 (badai baharu 39-46 batu/jam); 9 (badai kuat 47-54 batu/ jam); dan 10 (ribut/badai keseluruhan 55-63 batu/jam). Badai juga dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: (0: tenang; 1: udara ringan; 2: angin tenang bahasa; 3: angin sepoi; 4: angin sederhana; 5: angin laju sederhana; 6: angin kuat; 11: ribut ganas, dan 12: ribut siklon tropika). |