Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aphotic zonezon afotikSains MarinTiadaBahagian atau zon kedalaman lautan yang tidak menerima cahaya matahari langsung, atau hanya menerima sedikit cahaya (< 1%). Zon afotik berada di bawah dari zon fotik dan mengunjur ke bawah sehingga ke dasar lautan. Disebabkan ketiadaan cahaya, bioluminasi adalah satu-satunya sumber cahaya yang ada, dan digunakan oleh sebahagian organisma untuk mencari makanan, sebagai perlindungan dan untuk berinteraksi sesama spesies. Organisma yang agak pelik dan unik seperti sotong gergasi, isopod gergasi, ikan pemancing (Angler fish) sotong vampir dan sebagainya mendiami zon ini.
papillatepapilat; papilaFarmasiTiada1. Diselaputi papila. 2. Papilos. 3. Seperti papila. 4. Digunakan untuk keadaan petal yang sel-sel luarnya menonjol ke atas sedikit.
papillatepapilat; papilaBiologiTiada1. Diselaputi papila. 2. Papilos. 3. Seperti papila. 4. Digunakan untuk keadaan petal yang sel-sel luarnya menonjol ke atas sedikit.
additiveaditifPerikananAkuakulturBahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan ternakan untuk tujuan tertentu, seperti menggalakkan pertumbuhan, meningkatkan pencernaan dan menghindari penyakit. Contohnya, ubat-ubatan, penggalak pertumbuhan, enzim, probiotik dan koksidiostat. Kadar yang diperlukan adalah sangat sedikit, iaitu sekitar 0.1 – 3%.
basementtingkat bawah tanahKesenianHiasan Dalaman1. Dasaran paling rendah pada dinding atau dinding sesebuah bangunan, terutamanya apabila dibahagikan kepada bahagian atas yang dibezakan melalui bahan, cara olahan, saiz tingkap yang kecil dan jumlah tingkap yang sedikit. Dasaran boleh merangkumi sebahagian kecil daripada keseluruhan ketinggian struktur atau lebih daripada separuh ketinggian struktur seperti yang terdapat pada istana Renaissance Itali, terutamanya di utara Itali. 2. Tingkat bawah tanah dalam sesebuah bangunan yang biasanya digunakan sebagai tempat meletakkan kereta, pemanas air atau sistem penghawa dingin. Di sesetengah tempat, tingkat bawah tanah digunakan sebagai ruang pasar raya.
impulseimpulsSains SukanBiomekanik1. Isyarat dalam bentuk gelombang elektrik yang dibawa oleh sel neuron pada sistem saraf. 2. Paduan antara daya dengan masa daya tersebut bertindak Paduan ini diwakili oleh rumus yang berikut: impuls = Ft , dengan; daya = F masa = t Apabila daya dikenakan pada sesuatu jasad, maka gerak yang dihasilkan oleh jasad tidak hanya ditentukan oleh besarnya daya yang diberikan, tetapi juga ditentukan oleh lamanya tempoh masa daya diberikan. Sesuatu perubahan besar pada gerak sebuah jasad dapat disebabkan oleh sedikit daya yang bekerja dengan masa yang lama, atau daya yang besar dengan masa yang singkat. Contohnya, bola golf yang bergolek di atas rumput, lama-kelamaan kehilangan kecepatannya disebabkan adanya daya kecil daripada geseran bola yang bergolek.
equivalent dosedos setaraTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikHasil darab dos terserap, D bagi tisu dan faktor kualiti, Q. Dos setara, E boleh diungkapkan sebagai E = DQ. Nilai Q bersandar pada jenis sinaran, dengan Q = 1 untuk sinar-X, sinar gama dan zarah beta, manakala untuk proton, neutron dan zarah alfa, nilainya lebih besar daripada 1. Unit bagi E ialah Sievert (SV) dan D ialah gray. Dos setara 1 Sv untuk seluruh badan boleh menyebabkan sedikit perubahan pada darah, manakala 2.5 Sv boleh menyebabkan kehilangan rambut, loya, atau kematian bagi kebanyakan kes. Lihat juga dos berkesan.

Kembali ke atas