Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.di.men] | سيديمن

Definisi : (sédimen) (Geo) bahan spt lumpur, pasir, kelikir dsb yg dibawa dan ditinggalkan oleh air, angin atau ais di permukaan tanah, endapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.di.men] | سيديمن

Definisi : /sédimen/ ist 1 bahan spt lumpur, pasir, dan kelikir, terutamanya yg mendap di dasar sungai, yg dibawa oleh air, ais atau angin. 2 bahan-bahan yg mendap di bahagian bawah sesuatu bekas, kelalang dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedimen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tuffaceous sedimentsedimen tufaan; sedimen bertufaKejuruteraanTiadaTiada
sandspasirKejuruteraanPetroleum1) Butiran sedimen kelas atau sedimen gersik (detritus) yang berdiameter antara 1/16 – 2 mm. Kebanyakan butiran ini terdiri daripada serpihan mineral kuarza. Apabila butiran-butiran ini disimen dan menjadi keras maka terbentuklah batu pasir. 2) Dalam industri petroleum, istilah ini kadang-kadang dipakai untuk maksud batu pasir.
wet densityketumpatan basahKejuruteraanPetroleumKetumpatan sedimen atau batuan sedimen apabila pori-porinya ditepui oleh air. Iatilah ketumpatan basah juga digunakan untuk ketumpatan minyak atau gas yang mengandungi air.
sediment yieldhasil enapanPertanianTiadaHasil bersih penanggalan sedimen oleh dampakan titis hujan dan arus air, pengangkutan sedimen oleh percikan titis hujan dan arus air, dan pemendapan sedimen.
coalbatu arangKimiaTiadaSejenis batuan sedimen yang wujud secara semulajadi berselang lapis dengan batuan sedimen yang lain; terbina daripada bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan seperti kayu-kayan yang telah mengeras menjadi batu. Batuan ini terjadi menerusi proses penimbunan kayu-kayan (tumbuh-tumbuhan) bersama-sama dengan sedimen lain dalam lembangan pemendapan. Akibat tindakan suhu, tekanan, proses kimia serta kegiatan bakteria, kayu yang tertimbus itu menjadi batu arang. Bergantung pada keamatan suhu dan beberapa faktor lain, pembatuarangan boleh terjadi dalam beberapa gred atau darjat.
coalbatu arangKejuruteraanPetroleumSejenis batuan sedimen yang wujud secara semulajadi berselang lapis dengan batuan sedimen yang lain; terbina daripada bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan seperti kayu-kayan yang telah mengeras menjadi batu. Batuan ini terjadi menerusi proses penimbunan kayu-kayan (tumbuh-tumbuhan) bersama-sama dengan sedimen lain dalam lembangan pemendapan. Akibat tindakan suhu, tekanan, proses kimia serta kegiatan bakteria, kayu yang tertimbus itu menjadi batu arang. Bergantung pada keamatan suhu dan beberapa faktor lain, pembatuarangan boleh terjadi dalam beberapa gred atau darjat.
chemical sedimentary rocksbatuan sedimen kimiaKimiaTiadaKumpulan (kelas) batuan sedimen yang mengandungi butiran-butiran yang terbentuk menerusi proses pemendakan. Antaranya termasuklah batuan garam seperti evaporit, anhidrit, gipsum dan sebagainya.
chemical sedimentary rocksbatuan sedimen kimiaKejuruteraanPetroleumKumpulan (kelas) batuan sedimen yang mengandungi butiran-butiran yang terbentuk menerusi proses pemendakan. Antaranya termasuklah batuan garam seperti evaporit, anhidrit, gipsum dan sebagainya.
lithificationpembatuanKejuruteraanPetroleumProses yang mengubah sedimen yang telah terendap tetapi masih dalam keadaan peroi menjadi batuan sedimen yang keras.
diagenesisdiagenesisKejuruteraanPetroleumPrubahan fizik dan kimia yang dialami oleh sedimen setelah terndap di dasar lembangan. Perubahan ini mendorongkan sedimen menjadi padat, tersimen serta terhablur semula sebagai ciri utama proses pembatuan.
12345678910...

Kembali ke atas