distance learning | pembelajaran jarak jauh | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sistem pembelajaran secara jarak jauh yang boleh berbentuk pembelajaran segerak atau pembelajaran tak segerak. Pembelajaran segerak atau masa-sama-tempat-beza bermaksud pelajar mengikuti pembelajaran secara langsung melalui sidang video/audio atau dalam talian, manakala pengajar berada di tempat yang berlainan. Pembelajaran tak segerak atau masa-beza-tempat-beza bermaksud pengajar menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk rakaman, buku, modul, video, web dan lain-lain, manakala pelajar merujuknya pada masa dan tempat yang berbeza. |
synchronous e-learning | e-pembelajaran segerak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sesi pembelajaran maya yang interaksinya berlaku pada masa nyata dengan menggunakan platform e-pembelajaran seperti sistem pengurusan pembelajaran (LMS). Banding e-pembelajaran tak segerak. |
asynchronous e-learning | e-pembelajaran tak segerak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sesi pembelajaran maya yang interaksinya tidak berlaku dalam masa nyata dengan menggunakan platform e-pembelajaran seperti sistem pengurusan pembelajaran (LMS). Banding e-pembelajaran segerak. |
synchronous learning | pembelajaran segerak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang melibatkan semua pelajar dan guru hadir dan berinteraksi pada masa nyata, tetapi tidak semestinya pada lokasi yang sama. Kemudahan seperti sidang video atau telesidang digunakan jika pelajar dan guru berada di lokasi yang berbeza. Banding pembelajaran tak segerak. |
asynchronous learning | pembelajaran tak segerak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang melibatkan semua pelajar dan guru hadir dan berinteraksi bukan dalam masa nyata, tetapi tidak semestinya pada lokasi berbeza. Pelajar boleh menggunakan kemudahan pembelajaran seperti bilik darjah, komputer dan bahan pengajaran yang sama, tetapi mengikut giliran penggunaan pada waktu yang berbeza. Banding pembelajaran segerak. |
synchronise planting | penanaman segerak | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
e-classroom | e-kelas | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu persekitaran pembelajaran segerak secara maya yang menyediakan kemudahan seperti perkongsian dokumen, rakaman pembelajaran, pelbagai aktiviti interaktif dan interaksi antara pelajar dengan pengajar. |
lightband | gelang cahaya | Umum | Tiada | Gelang yang menghasilkan cahaya mempunyai teknologi pengecaman frekuensi radio yang diprogramkan untuk segerak mengikut muzik atau pergerakan. |
fibrillation | fibrilasi | Kejururawatan | Tiada | Denyutan jantung yang cepat dan tidak beritma yang mengakibatkan otot jantung tidak dapat mengekalkan penguncupan yang segerak dan kemudiannya menyebabkan jantung terhenti. Keadaan ini boleh berlaku semasa penguncupan atrium atau ventrikel. |
online environment | persekitaran dalam talian | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Ruang maya tempat berlakunya interaksi pembelajaran dalam talian sama ada secara tidak segerak atau berasaskan web. |