Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.gi] | سݢي

Definisi : 1. garis pd tepi dadu (kotak dll), sanding: batang pensel yg enam ~nya; kikir tiga ~; 2. garis pd tepi bidang, garis-garis yg menjadi pemidang (pd rajah, gambar rajah, dll), sisi: lukis sebuah rajah tiga ~ di dlm bulatan ini; 3. permukaan yg kecil-kecil (pd intan dll); 4. Id ruangan yg memanjang pd kertas, lajur, kolum; 5. ki pandangan terhadap sesuatu, sudut pandangan, aspek: dr ~ agama, suami-nya memang berhak beristeri lagi; bersegi ada seginya (sanding, sisi); betung bulat tak ~, pipit jantan tak bersarang prb orang yg bebas sekali hidupnya; persegi 1. ada seginya, bersegi: ~ lima; 2. bidang yg mempunyai empat sempadan garis lurus dan bersudut tepat; ~ panjang = empat ~ panjang empat persegi yg sisinya tidak sama panjang; 3. Id bujur sangkar, ganda dua: daerah itu luasnya 12 batu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gi] | سݢي

Definisi : 1 garis bucu yg tajam pd kotak dll; sanding: Pensel ini enam ~nya. 2 garis-garis yg menjadi sempadan sesuatu rajah dll; garis pd tepi sesuatu bidang: Lukis sebuah rajah yg mempunyai enam ~. 3 ki pandangan atau pendapat terhadap sesuatu perkara; sudut pandangan: Jika dipandang dr ~ ekonomi, orang-orang Melayu memang tertinggal di belakang. bersegi ada seginya: Tiangnya ~ empat. persegi 1 ada seginya; bersegi: ~ empat. 2 = empat ~ bidang yg dibatasi empat garis lurus; segi empat. 3 ukuran sesuatu kawasan dll yg lebarnya sama dgn panjangnya: Tanah itu luasnya 10 ~ batu. 4 satuan yg digunakan utk menyatakan luas sesuatu kawasan: Bilik saya luasnya 120 meter ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,

Puisi
 

Belah buluh bersegi-segi,
     Buat mari serampang ikan;
Kuasa Allah berbagai-bagai,
     Lebih laut dari daratan.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pixelpikselFizikNanoteknologiUnsur terkecil dalam imej berdigit suatu sistem paparan elektronik. Piksel biasanya disusun dalam grid berdimensi-2 dalam bentuk bintik, segi empat sama atau segi empat tepat. Kedudukan piksel adalah terlalu rapat sehingga kelihatan seperti bersambung. Keamatan setiap piksel adalah berbeza. Dalam sistem berwarna, setiap piksel mempunyai tiga atau empat komponen cahaya, seperti merah, hijau dan biru, atau sian, magenta, kuning, dan hitam. Setiap piksel diwakili oleh beberapa bilangan bit yang menentukan kualiti imej dan warna yang dipaparkan oleh suatu sistem paparan elektronik.
blanking machinepencetak berbilang segiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang memotong kepingan logam nipis menjadi bentuk berbilang segi.
shearing machinemesin ricih segi empatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat pemotong hidraulik yang memotong kepingan logam menjadi bentuk segi empat.
square wellperigi segi empat samaFizikNanoteknologiNanostruktur satu dimensi bahan yang difabrikasi supaya memberikan kesan kuantum yang sama seperti elektron terkurung dalam perigi keupayaan berbentuk segi empat sama. Struktur ini berbentuk filem tipis berketebalan sama atau kurang daripada 100 nm. Contohnya, filem tipis galium arsenida yang dimendapkan di atas satu substrat.
labourburuhEkonomiTiadaTenaga manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran, tetapi tidak termasuk tenaga pengurusan dalam bentuk fizikal atau mental. Buruh bersifat kuantitatif dari segi tenaga dan masa, dan bersifat kualitatif dari segi kepintaran dan kemahiran.
pilot ion methodkaedah ion perintisKimiaKimia AnalisisKaedah penentuan kuantitatif dalam elektrokimia. Dalam kaedah ini ion yang berlainan daripada analit ditambah sebagai piawai tambahan, misalnya Pb2+ dapat berfungsi sebagai ion perintis dalam penentuan Zn2+. Kaedah ini menyerupai kaedah penambahan piawai dari segi tekniknya, dan dari segi kaedahnya pula, kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah piawai dalaman.
location trianglesegi tiga lokasiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKonsep peletakan industri yang diperkenalkan oleh Weber yang menyatakan lokasi optimum sesuatu industri merupakan keseimbangan antara sumber jaya dengan pengguna.
art balladbalada seniKesusasteraanTiadaBentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romanentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romatis dan memntang penjajahan Sepanyol.ceritaannya dari semasa ke semasa. . attis dan memperlihatkan ciri penciptaan seni yang tinggi, sama ada dari segi kekuatan isi mahupun nilai kehalusan sastera. Umumnya, pengarang balada seni terdiri daripada seniman yang terkenal dan ternama serta memiliki bakat kepengarangan yang tinggi. Dari segi struktur karya, balada seni memperlihatkan suatu pembaharuan daripada balada rakyat yang wujud dalam tradisi lisan. Penghasilan balada seni dibuat melalui penelitian yang mendalam terhadap corak rima dan stanza yang baharu berbanding dengan balada rakyat. Unsur ketinggian seni dalam balada seni dapat dikesan dari segi pemilihan bahasa yang kaya dengan nilai estetik, di samping kekuatan dari segi isi, teknik dan sebagainya. Balada ini dikenali juga sebagai balada sastera.
facetmuka sendi; faset; segi (intan)PerpustakaanTiada1. Faset:Permukaan kecil yang licin dan rata di atas jasad keras seperti tulang. 2. Bahagian leper sesuatu hablur.
facetmuka sendi; faset; segi (intan)PerubatanTiada1. Faset:Permukaan kecil yang licin dan rata di atas jasad keras seperti tulang. 2. Bahagian leper sesuatu hablur.
12345678910...

Kembali ke atas