location triangle | segi tiga lokasi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Konsep peletakan industri yang diperkenalkan oleh Weber yang menyatakan lokasi optimum sesuatu industri merupakan keseimbangan antara sumber jaya dengan pengguna. |
pediment | pedimen | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tebar layar berbentuk segi tiga rendah menonjol yang sekelilingnya dihiasi dengan birai hias timbul, yang dibina di atas portiko. Struktur yang menyerupai juga terdapat di bahagian atas pintu dan tingkap. Dalam pembinaan perabot pula dijadikan hiasan pada kepala permukaan hadapan almari. Bentuk pedimen corak pecah paling banyak dihasilkan berbanding bentuk lain. Bentuk ini dihasilkan apabila garisan yang menjurus ke atas terputus semasa hampir bertemu bucu puncak. |
glue block | bongkah perekat | Kesenian | Hiasan Dalaman | Blok kayu yang biasanya berbentuk segi tiga dalam keratan rentas, dilekatkan atau dicantum dengan cara bersudut antara dua kepingan kayu untuk menghasilkan sambungan yang kuat. |
material index | indeks bahan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Indeks yang digunakan dalam segi tiga lokasi oleh Weber yang dinyatakan dalam bentuk berat input bahan tempatan dibahagikan dengan berat keluaran akhir. |
fraud triangle theory | teori penipuan segi tiga | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori yang dikembangkan oleh Donald Cressey yang menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan penipuan dan tingkah laku yang tidak beretika yang lain. Tiga elemen dalam teori ini ialah tekanan, peluang dan rasionalisasi. Teori ini sering digunakan dalam menjelaskan jenayah kolar putih. |
Cyperus papyrus | Cyperus papyrus | Perikanan | Akuakultur | Tumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Keratan rentas batangnya berbentuk segi tiga dan di hujung batangnya mempunyai cabang-cabang batang yang halus dan berbunga. Jambangan bunganya bersaiz 10 – 30 cm. Cyperus papyrus juga boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 4 – 5 m. Penduduk Mesir Purba menggunakan Cyperus papyrus untuk membuat kertas, bakul, bot, selimut, selipar dan ubat-ubatan. |
Cyperus haspen | Cyperus haspen | Perikanan | Akuakultur | Tumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Cyperus haspen ini juga dikenali sebagai ‘Dwarf Papyrus’. Keratan rentas batangnya berbentuk segi tiga dan di hujung batangnya mempunyai cabang-cabang batang yang halus dan berbunga. Cyperus haspen boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 0.2 – 0.6 m. Cyperus haspen ini juga kelihatan seperti payung. |
expressive murder | pembunuhan berperasaan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pembunuhan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai hubungan dengan mangsa yang didorong oleh perasaan seperti cemburu, kecewa dan marah. Kebiasaannya, pembunuhan ini dilakukan tanpa apa-apa perancangan atau persediaan terlebih dahulu. Contohnya, pembunuhan yang disebabkan oleh cinta tiga segi atau kecurangan dalam perkahwinan. |
stock situation | situasi kodi | Kesusasteraan | Tiada | Peristiwa dalam plot yang sering diulang dalam sesebuah drama atau naratif, sehingga menjadi suatu konvensi yang memudahkan pengkaryaan. Situasi kodi boleh tampil sebagai suatu peristiwa seperti tentang kezaliman ibu tiri dan kekeliruan identiti, atau sebagai satu urutan plot seperti cinta tiga segi atau perkahwinan paksa. Dalam sastera tradisional seperti persembahan makyung, adegan mengulik, adegan pakyung berceloteh dengan peran, dan adegan menghadap rebab merupakan situasi kodi. Hal ini demikian kerana adegan ini tetap dilakukan dalam setiap persembahan makyung. Dalam bangsawan, terdapat situasi kodi seperti adegan balairong seri, adegan taman, adegan pertarungan, adegan beradu, dan mengulik. |
pixel | piksel | Fizik | Nanoteknologi | Unsur terkecil dalam imej berdigit suatu sistem paparan elektronik. Piksel biasanya disusun dalam grid berdimensi-2 dalam bentuk bintik, segi empat sama atau segi empat tepat. Kedudukan piksel adalah terlalu rapat sehingga kelihatan seperti bersambung. Keamatan setiap piksel adalah berbeza. Dalam sistem berwarna, setiap piksel mempunyai tiga atau empat komponen cahaya, seperti merah, hijau dan biru, atau sian, magenta, kuning, dan hitam. Setiap piksel diwakili oleh beberapa bilangan bit yang menentukan kualiti imej dan warna yang dipaparkan oleh suatu sistem paparan elektronik. |