internal force | daya dalam | Sains Sukan | Biomekanik | Daya yang dihasilkan dalam sistem badan yang melibatkan paduan segmen-segmen badan dan menghasilkan keadaan keseimbangan. Contohnya, mengangkat tangan atau kaki. |
conserved segment | segmen terpelihara | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Segmen pada DNA, RNA atau protein yang jujukannya tidak berubah sepanjang evolusi. |
enhancer region | kawasan penggalak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Satu segmen DNA pendek (50 – 1500 bp) yang dapat diikat oleh protein pengaktif atau biasanya disebut sebagai faktor transkripsi, untuk meningkatkan kadar transkripsi gen tertentu. Segmen DNA pendek ini terletak sehingga 1 Mbp (1,000,000 bp) dari tapak permulaan sesuatu gen. |
cipher block chaining | perantaian blok sifer | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Mod blok sifer yang meningkatkan mod buku kod elektronik dengan merantai kesemua blok teks sifer yang terhasil dan dikendalikan pada segmen teks biasa yang mempunyai panjang pemboleh ubah kurang atau sama dengan panjang blok. Mod ini dilaksanakan dengan menggunakan segmen teks sifer yang dijanakan terdahulu sebagai input algoritma, iaitu dengan menginput kembali teks sifer bagi menjanakan satu blok output. Seterusnya, blok output ini digabungkan melalui OR eksklusif (NOR) dengan segmen teks biasa yang berikutnya, iaitu kurang daripada panjang blok untuk membentuk segmen teks sifer yang berikutnya. |
bifocal segment | segmen dwifokus | Sains Kesihatan | Tiada | Bahagian kanta dwifokus untuk penglihatan dekat. |
DNA construct | binaan DNA | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Segmen DNA yang dibina secara in vitro untuk digunakan dalam eksperimen yang berkaitan. |
saggital depth | kedalaman sagital | Sains Kesihatan | Tiada | Ketinggian segmen kanta yang diukur dari birai bulatannya. |
media clip | klip media | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu segmen pendek media elektronik sama ada dalam bentuk video atau audio yang digunakan sebagai sebahagian daripada kandungan bahan pengajaran. |
restriction mapping | pemetaan penyekatan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk memetakan segmen DNA yang tidak diketahui, dengan memecahkannya kepada kepingan kecil menggunakan enzim penyekat khusus, untuk mengenal pasti lokasi tapak sekatan. |
absolute angles | sudut mutlak | Sains Sukan | Biomekanik | Sudut yang terbentuk di antara segmen dengan satu garis rujukan, sama ada menegak atau mendatar. |