day stay anaesthesia | anestesia tinggal sehari | Perubatan | Tiada | Pemberian anestesia kepada pesakit yang menjalani pembedahan jagaan harian. Lihat juga pembedahan jagaan harian. |
average daily gain | purata penambahan harian | Pertanian | Agroteknologi | Kadar peningkatan berat badan sehari ternakan dalam tempoh tertentu. Contohnya, seekor lembu yang meningkat 200 kg dalam tempoh 200 hari, purata penambahan hariannya ialah 1 kg. Faktor utama yang menentukan purata penambahan harian ialah kuantiti dan kualiti makanan yang diberikan selain daripada faktor baka haiwan itu sendiri. Lembu yang diberi makanan dedak dalam fidlot biasanya bertambah berat badan 1 kg/hari, manakala lembu yang meragut rumput mampu meningkat berat badannya sebanyak 0.4 kg/hari. |
day release | lepasan harian | Kejuruteraan | Tiada | Aturan yang melibatkan pekerja dibenarkan tidak datang bekerja (biasanya sehari dalam seminggu), tanpa sebarang kerugian daripada segi ganjaran, demi melanjutkan atau latihannya secara formal. |
pawn frequency | kekerapan gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Aktiviti penggadaian yang dilakukan berulang kali. Tindakan ini dibenarkan untuk memenuhi keperluan kewangan penggadai dan tertakluk kepada syarat tertentu seperti jumlah pinjaman harian dan jumlah hutang terkumpul. Contohnya, seorang penggadai boleh menggadai barangan berulang kali tetapi nilainya tidak melebihi RM500 sehari atau jumlah hutang terkumpul tidak melebihi RM25, 000. |
water intake | pengambilan air | Veterinar | Tiada | Jumlah air yang diperoleh oleh ternakan melalui minuman dan kandungan kelembapan di dalam makanan. Jumlah pengambilan air bergantung kepada jenis makanan yang dimakan, iklim dan tahap fisiologi ternakan. Dalam cuaca panas, haiwan akan mengeluarkan air lebih banyak melalui perpeluhan dan peruapan. Dalam keadaan ini, jumlah air yang diperlukan adalah tinggi. Selain itu, haiwan yang menghasilkan susu dan haiwan yang memakan konsentrat juga memerlukan jumlah air yang tinggi. Bagi ternakan seperti lembu dewasa, ia berkemungkinan memerlukan sehingga 50 liter air sehari manakala ayam dewasa pula memerlukan lebih kurang 200 ml air sehari. Biasanya, pada cuaca panas, haiwan memerlukan lebih banyak air sehingga 2-3 kali ganda daripada keperluan biasa untuk menampung keperluan harian. |