contrastive world | dunia kontrastif | Kesusasteraan | Tiada | Dunia fiksyen yang memerihalkan realiti seharian dengan menampilkan dua realiti yang saling kontras. Dua realiti yang dimaksudkan ialah dunia yang dicipta berdasarkan realiti seharian dan fantasi. Dunia kontrastif kerap ditemui dalam fiksyen sains dan naratif fantasi. Lihat juga dunia aditif. |
life skill | kemahiran hidup | Pendidikan | Tiada | Kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian seperti bersukan, bertani dan lain-lain. |
life skill | kemahiran hidup | Pengurusan | Tiada | Kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian seperti bersukan, bertani dan lain-lain. |
occupation | cara kerja | Perubatan | Tiada | Sebarang jenis pekerjaan atau aktiviti dalam kehidupan seharian seperti bekerja, belajar, bermain, rehat, tidur dan lain-lain. |
herbal product | produk herba | Herba | Tiada | Keluaran yang mengandungi herba dan digunakan dalam kehidupan seharian merangkumi produk kesihatan, kecantikan, makanan dan minuman herba. |
prose | prosa | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang ditulis dalam bahasa yang biasa dan bersifat pernyataan yang jelas seperti pertuturan seharian. Prosa tidak mempunyai sebarang corak atau bentuk yang tetap dan terkawal seperti yang terdapat dalam sajak, pantun, dan gurindam. Prosa digunakan dalam penulisan esei, cerpen, novel, dan hikayat. Perbezaan antara puisi dengan prosa adalah kurang jelas. Perbezaan yang paling ketara mungkin dapat dilihat dalam bentuknya pada sesuatu muka surat. Puisi dibentangkan dalam bentuk baris-baris yang berbeza panjangnya, diatur dalam bentuk stanza yang distrukturkan, tetapi prosa dibentangkan dalam bentuk yang mengalir dengan bebas, sesekali diganggu oleh pembahagian perenggan. Perkataan prosa atau proversa oratio berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �wacana terus terang�. |
epigram | epigram | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan pengajaran dan pendidikan yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam karya epigram, terdapat unsur-unsur yang memperlihatkan ketinggian dan kehalusan pemikiran dan budi bahasa masyarakat Melayu zaman silam. Epigram berasal daripada perkataan Yunani epigramma yang bermaksud �unsur pengajaran, didaktik, dan nasihat�. Contoh epigram Melayu dalam bentuk peribahasa adalah seperti yang berikut: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. |
parochial | parokial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sifat budaya politik yang lemah atau tidak matang. Budaya politik ini menggambarkan persaingan dan penyertaan yang rendah dalam masyarakat. Anggota masyarakat bersifat pasif, tidak berminat dan tidak mengambil tahu tentang perkembangan politik negaranya. Mereka lebih banyak menumpukan perhatian kepada kehidupan seharian dan bersifat apati dengan politik masyarakatnya. Mereka tidak mengharapkan sesuatu output daripada kerajaan dan tidak juga memberi sebarang input bagi mempengaruhi kerajaan. Masyarakat ini biasanya mempunyai taraf pendidikan, ekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Kebanyakan negara di Afrika masih memiliki budaya politik yang parokial. Sinonim pemikiran sempit. |
style | gaya | Kesusasteraan | Tiada | Cara ekspresi linguistik dalam prosa atau lirik, iaitu cara penulis menulis sesuatu atau cara individu bercakap memperkatakan sesuatu. Gaya sesebuah karya boleh dikaji melalui ciri diksi atau pilihan bahasanya, iaitu struktur ayat dan sintaksis, jenis peribahasa, corak rima, komponen bunyi, ciri-ciri bahasa, tujuan dan alat retoriknya. Menurut teori tradisional retorik, klasifikasi gaya terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu gaya tinggi, pertengahan, dan rendah. Doktrin ketertiban diperlukan untuk memastikan peringkat gaya bagi sesuatu karya tersebut bersesuaian dengan kelas sosial pengucapnya, serta situasi dan martabat genre sastera. Northrop Frye, seorang pengkritik memperkenalkan perbezaan asas antara dua gaya, iaitu gaya demonik dan gaya hiratik. Gaya demonik dibentuk melalui bahasa, rima, dan asosiasi percakapan seharian, manakala gaya hiratik menggunakan beberapa elaborasi formal untuk memisahkan antara bahasa sastera dengan percakapan seharian. Bagi kedua-dua kelas ini, Frye telah mengenal pasti peringkatnya, iaitu peringkat tinggi, pertengahan, dan rendah. |
prose poem | sajak prosa | Kesusasteraan | Tiada | Sajak berbentuk prosa, ditulis tanpa tertakluk kepada ciri-ciri puisi yang biasa, iaitu pola, irama, dan susunan baris. Sajak prosa mempunyai bentuk yang lebih longgar dan kurang teratur berbanding dengan sajak biasa. Oleh sebab itu, sajak prosa dapat memuatkan lebih banyak maklumat tentang hal-hal yang ditempuhi dalam kehidupan seharian. Sajak prosa mengandungi unsur hiburan dan pengajaran, di samping mempunyai nada yang lucu atau mencemuhkan. Dalam sastera Melayu, sajak �Proem� oleh Syed Muhammad Naquid al-Attas dalam bukunya A Commentary on the Hujjatu�l-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri. Contoh sajak prosa ditemui dalam �The Love Song of J.Alfred Prufrock� oleh T.S. Eliot dan sajak �Lirik untuk Improvisasi Jaz� oleh Sapardi Djoko Damono. Sajak prosa dalam kesusasteraan Arab ditemui dalam Maqamat Badi� al-Zaman al-Hamdhani oleh Badi�al-Zaman al-Hamadhani. |