peresteroika | perestroika | Sains Politik | Politik Perbandingan | Program penyusunan semula struktur ekonomi Soviet Union. Program ini dilancarkan secara rasmi oleh presiden negara tersebut Mikhael Gorbachev pada tahun l987. Makna sebenar program ini menimbulkan perdebatan tetapi secara umum ia mula membuka inisiatif untuk memperbaik sistem ekonomi Soviet Union tanpa menggugat kuasa parti komunis di negara itu. Sehubungan itu, berbagai-bagai langkah demokratik dibenarkan seperti membolehkan sistem pasaran ekonomi terbuka, pemilikan individu, penerimaan tuntutan orang ramai dan sebagainya. Program ini bertujuan mempercepat kemajuan ekonomi dan kedinamikan masyarakat. Idea kreatif orang ramai digalakkan, penonjolan penemuan sains dan teknologi baru untuk kesejahteraan masyarakat diketengahkan. Perubahan dasar ini telah mendorong kepada pelbagai tuntutan dalam masyarakat yang akhirnya membawa kepada keruntuhan sistem komunis di negara tersebut. |
code | kod | Kesusasteraan | Tiada | Set pelambangan yang dicipta oleh penulis untuk teks kreatifnya. Konsep kod membayangkan bahawa penulis dan pembaca terikat dengan suatu set konvensi yang dikongsi bersama dan memberi erti kepada realiti dan pengalaman mereka. Dengan perkongsian ini, teks dapat difahami. Sebaliknya, ada teks yang mungkin tidak difahami dan dianggap tidak bernilai kerana komuniti pembaca tidak memiliki kod yang sama seperti penulis, ataupun kod itu tersembunyi daripada pembaca. Sehubungan dengan itu, Roland Barthes mengandaikan bahawa sesebuah teks dikodkan menurut budaya masing-masing agar pembaca diarahkan menggunakan kaedah interpretasi yang dikongsi oleh komuniti budaya tersebut. |