dwarfism | kekerdilan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Saiz badan yang kecil atau rendah disebabkan oleh faktor genetik atau perubatan. Kekerdilan ini terbahagi kepada dua, iaitu kekerdilan tak seimbang dan kekerdilan seimbang. Kekerdilan tak seimbang ialah apabila ada antara anggota badan yang bersaiz kecil dan ada yang bersaiz biasa. Kekerdilan seimbang ialah anggota badan berkeadaan kecil dengan saiz yang sama. |
equilibrium | keseimbangan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan aman, seimbang dan normal dalam sesebuah masyarakat tanpa sebarang konflik. Keadaan ini digambarkan dalam pendekatan fungsionalisme yang melihat semua bahagian dalam masyarakat itu menjalankan fungsi masing-masing tanpa wujudnya konflik. Dalam konteks teori permainan, satu pihak itu tidak akan menukar strateginya atau melakukan sesuatu tindakan yang berbahaya dan begitu juga dengan musuhnya kerana keadaan keseimbangan yang sedang wujud itu tidak mengancam kedudukan politik mereka. Pengekalan strategi masing-masing akan mengekalkan keadaan seimbang yang tidak merugikan mana-mana pihak. |
balance reactivity | kereaktifan seimbang | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keadaan apabila kadar penjanaan neutron menyamai kadar kehilangan neutron di dalam teras reaktor nuklear. |
equilibrium core | teras seimbang | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Tatarajah teras apabila keadaan kendalian reaktor sudah stabil dan mantap. |
uneven development | pembangunan tak seimbang | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
off-center subject | subjek tidak seimbang | - | Tiada | Kedudukan subjek yang tidak berada di tengah-tengah ruang reka letak. |
inequality | ketaksamaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan tidak seimbang yang wujud dalam masyarakat dari sudut pendapatan, penguasaan ekonomi, kedudukan sosial, pemilikan jawatan dan kuasa politik. Situasi ini membentuk masyarakat yang berstruktur vertikal atau menegak berasaskan angkubah tersebut. Ketidakseimbangan ini juga mempengaruhi perolehan pendapatan, pengiktirafan, masa hadapan anak-anak, hubungan sosial serta pengiktirafan sosial seseorang. Ketaksamaan boleh berlaku selari dengan kedudukan kaum atau warna kulit tetapi lazimnya merentasi sesuatu kaum melainkan sesuatu dasar seperti aparteid dilaksanakan. |
symmetrical composition | komposisi simetri | - | Tiada | Susun atur yang seimbang dalam reka letak halaman bahan terbitan. Banding asymmetrical composition. |
harmony | harmoni | Kesusasteraan | Puisi | Gaya dan teknik pengucapan yang seimbang, sepadan, sesuai antara sesuatu isu yang menjadi pemikiran penyair. |
symmetrical pattern | pola simetri | - | Tiada | Corak yang sama dan seimbang di bahagian kiri dan kanannya. |