Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.jah.te.ra] | سجهترا

Definisi : aman dan makmur, senang dan ten-teram, terpelihara drpd bencana (kesusahan, gangguan, dll): moga-moga kita dapat hidup dlm ~; selamat ~; menyejahterakan menjadikan sejahtera, mengamankan, menyelamatkan: Ya Tuhan-ku, sejahterakanlah Laksamana itu; kesejahteraan keselamatan, kesenangan (hidup dll), kesentosaan, ketenteraman: manusia mesti bekerja keras utk mendapat ~ di dunia dan di akhirat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.jah.te.ra] | سجهترا

Definisi : bebas drpd segala macam ke­susahan dll; aman sentosa dan makmur; selamat: Semoga kita semua dpt hidup ~ sepanjang masa. kesejahteraan ke­­ada­an sejahtera; keamanan dan kese­lamatan; ketenteraman: ~ di dunia dan di akhirat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejahtera (adjektif)
Bersinonim dengan aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa, selamat;,
Kata Terbitan : menyejahterakan, kesejahteraan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political ideologyideologi politikSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman atau pegangan sesuatu kelompok berasaskan satu sistem pemikiran yang tersusun bagi membina kehidupan yang sejahtera. Fahaman ini mempunyai satu matlamat yang unggul dan kaedah yang terperinci untuk mencapai matlamat tersebut. Ideologi ini mempengaruhi budaya, sistem politik, ekonomi dan pendidikan masyarakat serta turut melahirkan berbagai-bagai program dan perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Konsep ideologi berasal daripada dua gabungan istilah iaitu idea dan logik atau idea yang logik. Contohnya, demokrasi, sosialisme, komunisme, fasisme dan konservatisme. Sinonim ideologi.
communismfaham komunisSains PolitikPolitik PerbandinganPemikiran yang ideal dan sempurna berhubung dengan kehidupan bernegara dan bermasyarakat yang terbentuk tanpa institusi pemerintahan, undang-undang dan struktur masyarakat berstrata. Pemikiran atau fahaman materialistik ini dicetuskan oleh Karl Marx berhubung dengan sebuah kehidupan dan negara yang adil serta sejahtera bagi semua golongan masyarakat. Dalam negara komunis, masyarakat hidup secara harmoni dan tidak ada persaingan kelas kerana semua anggota masyarakat dianggap sama statusnya. Konsep harta persendirian dan pemilikan individu dihapuskan untuk mengelakkan unsur miskin kaya dalam sistem ini. Sinonim komunisme.
pastoralpastoralKesusasteraanPuisiPuisi yang menonjolkan citra yang berhubung dengan kehidupan masyarakat desa yang aman dan tenteram. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" dalam antologi Bunga Gerimis karya Darma Mohamad. Rumah kecil menganugerahkan damai terasa basah dan sejuknya udara berkisar antara gunung dan bukit negara menjadi tunjang kenikmatan dan sejahtera
anarchyanarkiSains PolitikPolitik Perbandingan1. Keadaan sesebuah masyarakat yang kacau-bilau, tidak wujud kerajaan dan undang-undang untuk mengawal negara tersebut. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya konflik politik di kalangan pemimpin atau kegagalan sesebuah kerajaan mentadbir negara. Contohnya, negara Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein. 2. Konsep masyarakat yang berasaskan kepada kerjasama secara sukarela dan individu yang bebas dalam mengatur hubungan sosial sesama anggota masyarakat. Masyarakat sebegini tidak memerlukan undang-undang, pemerintah dan juga autoriti. Dalam erti kata lain, konsep ini menerangkan keadaan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Konsep ini digunakan dalam konteks falsafah politik.

Kembali ke atas