inter-industry linakge | rantaian antara industri | Ekonomi | Tiada | Perkaitan antara keluaran industri dari segi input dan output, iaitu sejauh mana input sebuah industri menjadi output indsutri lain dan sejauh mana output ini menjadi input kepada industri lain pula. |
capacity use | gunaan kapasiti | Ekonomi | Tiada | Sejauh mana sesebuah firma itu dapat mengeluarkan output dengan menggunakan sumbangan yang sedia ada seperti mesin, loji dan teknologi, berbanding dengan output maksimum yang boleh dicapai dengan sumber yang sama. |
cost effectiveness | keberkesanan kos | Kejuruteraan | Tiada | Ukuran sejauh mana wang telah dibelanjakan dengan berkesan untuk sesuatu. |
effectiveness | keberkesanan | Pengurusan | Perancangan | Tahap yang menentukan sejauh mana sesebuah organisasi berjaya mencapai sasaran atau matlamat yang ditetapkan. Penentuan tahap keberkesanan adalah penting dalam proses pengukuran dan pemantauan prestasi organisasi sebagai sebahagian daripada fungsi pengurusan. Organisasi dianggap berkesan jika berjaya menyediakan produk atau perkhidmatan yang mempunyai nilai kepada pelanggannya. Contohnya, syarikat yang berjaya mengeluarkan produk mengikut spesifikasi dan kuantiti yang ditetapkan. |
job security | keselamatan kerja | Pentadbiran | Tiada | Kepastian tentnag sejauh mana seseorang pekerja itu dijamin tidak kehilangan perkerjaannya dalam organisasi tempat ia bertugas. |
catalyst selectivity | kepilihan mangkin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Ukuran sejauh mana sesuatu mangkin mempercepat tindak balas untuk menghasilkan produk yang bernilai atau dikehendaki sahaja. Produk bernilai ini biasanya produk perantaraan, bukannya produk daripada tindak balas keseluruhan yang bersifat tenaga bebas terendah. Kepilihan sesuatu mangkin bersandarkan suhu, tekanan, kandungan, dan jenis mangkin. |
regression | regresi | Matematik | Tiada | Proses dalam statistik untuk menentukan sejauh mana suatu pemboleh ubah tak bersandar atau lebih; hubungan itu biasanya dirumuskan dalam bentuk satu persamaan dengan pekali tertentu supaya ramalan bagi nilai pemboleh ubah bersandar sanggup dibuat berdasarkan nilai pemboleh ubah tak bersandar. Lihat juga garis regresi. |
market concentration | tumpu pasaran/pemusatan pasaran | Ekonomi | Tiada | Merujuk kepada sejauh mana pengeluaran dalam sesuatu pasaran, sama ada dari segi pembeli atau penjual, dikawal oleh sebilangan firma tertentu. Keadaan ini berkait dengan pengaruh bilangan dan saiz firma dalam pasaran. |
incompatibility test | ujian ketakserasian | Undang-undang | Tiada | Ujian untuk menentukan sejauh mana kuasa yang diberikan kepada sesuatu pihak berkuasa itu bercanggah dengan obligasinya yang sedia ada. |
internal consistency method | kaedah ketekalan dalaman | Pendidikan | Tiada | Prosedur untuk menguji sejauh mana butiran dalam suatu ujian dapat menguji sesuatu ciri. |