annuity | anuiti | Ekonomi | Tiada | Sejumlah wang yang diterima atau dibayar kepada seseorang oleh badan tertentu, seperti syarikat insurans, setiap tahun bagi satu jangka masa yang ditetapkan. Bayaran ini dibuat sekali atau beberapa kali setahun. Anuiti merupakan pulangan pada premium insurans yang dibayar dahulu. Misalnya, anuiti hayat dan anuiti tertunda. |
money insurance | insurans wang | insurans | Tiada | Sejumlah wang yang dijanjikan oleh insured yang dibayar apabila insured mengalami kerugian. |
inspiratory capacity | kapasiti inspiratori | Kejururawatan | Tiada | Sejumlah udara yang boleh disedut selepas ekspirasi yang normal. Jumlah udara ini terdiri daripada isi padu tidal (500 ml) dan isi padu simpanan inspiratori (3000 hingga 3300 ml). |
slush fund | dana lecah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sejumlah wang yang disimpan untuk tujuan haram, terutamanya dalam politik. |
agent rebate | rebat ejen | Pelancongan | Tiada | Potongan daripada sejumlah bayaran yang perlu dibayar oleh ejen atau pemulangan sebahagian daripada jumlah yang telah dibayar oleh ejen. |
chemical loading | pemuatan kimia | Buluh | Tiada | Proses mengisi sejumlah bahan pengawet kimia ke dalam sel-sel buluh. |
inspiratory reserve volume | isi padu simpanan inspiratori | Kejururawatan | Tiada | Sejumlah udara yang masih boleh disedut selepas inspirasi yang normal, iaitu lebih kurang 3000 hingga 3300 ml. |
expiratory reserve volume | isi padu simpanan ekspiratori | Kejururawatan | Tiada | Sejumlah udara yang masih tersimpan dalam paru-paru selepas ekspirasi normal. |
bacteria | bakteria | Fizik | Nanoteknologi | Kumpulan organisma mikroskopik yang terdiri daripada sejumlah bilangan bakterium. Organisma yang menyebabkan penyakit ialah bakteria dan teramat kecil bersaiz antara 0.5 mikron - 5.0 mikron. Contohnya, patogen. Lihat juga bakterium. |
festschrift | terbitan dedikasi | Kesusasteraan | Tiada | Kumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh dalam sastera Arab ialah Ila Taha Husayn Fi �Ida Miladih al-Sab�in disunting oleh �Abd al-Rahman Badawi, al-Kitab al-Tidhkari Muhyi al-Din fi al-Dhikra al-Mi�awiyah disunting oleh Ibrahim Bayyumi Madkur, Durakht-i Ma�rifat: Jashn-nama-yi Ustad Duktur �Abd al-Husayn Zarrinkub disunting oleh �Ali Asghar Muhammad Khani, Yad-nama-yi Jalal al-i Ahmad disunting oleh �Ali Dahbashi dan Fuad Koprulu Armagani disunting oleh Osman Turan. Terbitan dedikasi berasal daripada perkataan Jerman festschrift yang bermaksud �tulisan perayaan�. Lihat juga sumbangsih tizkari. |