Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jumlah (kata nama)
Bersinonim dengan banyaknya, bilangan, amaun, gunggung;,
Kata Terbitan : sejumlah, menjumlahkan, terjumlah,

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
planktivorousplanktivorusSains MarinTiadaOrganisma yang memakan plankton sama ada fitoplankton atau zooplankton. Planktivorus memperoleh makanan daripada pelbagai cara, sama ada yang memakan plankton secara selektif atau secara rambang. Contohnya, spesies ikan karang yang secara selektif mengutip zooplankton dari badan air. Organisma penuras ampaian seperti Bivalvia menapis sejumlah besar air dan menelan plankton secara pukal. Organisma besar seperti pari manta dan jerung paus berenang dengan mulut terbuka untuk menyaring air. Terdapat juga organisma yang mengepam air dan menapis menggunakan lembaran mukus.
continuous gas liftangkat gas berterusanKejuruteraanTiadaSalah satu kaedah angkat gas. Dalam kaedah ini sejumlah kecil isi padu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan secara terus menerus ke dalam tetiub atau selongsong. Penyuntikan ini dilakukan melalui injap-injap yang dipasang pada tetiub. Tujuan penyuntikan ialah untuk meringankan terus bendalir sehingga tekanan dasar telaga berkenaan akan turut berkurangan. Dengan demikian akan dihasilkan perbezaan tekanan yang cukup besar di antara formasi berpenghasilan dengan dasar telaga sehingga mengakibatkan telaga yang berkenaan boleh berpenghasilan pada kadar alir yang dikehendaki. Sinonim: angkat gas aliran berterusan.

Kembali ke atas